Sunday, November 29, 2009

Tidak mampu ku telan

Setelah selesai menyiapkan tempahan untuk hari ini, aku berehat sambil terus mencapai kitab Shahih Riyadhush-Shalihin oleh Imam Nawawi. Kataku di dalam hati, mukasurat yang terbuka nanti itulah yang akan ku baca dan dalami, andai ini ilmu yang Allah ingin aku teliti dan perhatikan. Cuba meneka-neka tajuk yang bakal aku jumpa, namun tidak terlintas langsung di fikiran lantaran terlalu letih. Tiba-tiba tangan ku pantas membuka secara rambang. Nah! inilah ilmu yang akan aku dapat hari ini. "Anjuran Hidup Sederhana" itulah topik yang akan aku perhalusi dengan mata hati.

Semakin ku baca hadith-hadith riwayat Bukhari Muslim, semakin sebak, semakin malu terhadap kekasih Allah itu. Lantas tanpa kusedari setitik demi setitik manik-manik halus mengalir tanpa dipinta.

Mataku terpaku pada riwayat dari Aisyah RA, ia berkata "Keluarga Muhammad saw belum pernah merasa kenyang memakan roti gandum dalam waktu dua hari bertutur-turut sampai beliau wafat." (HR Bukhari Muslim)

Aku? Keluargaku? Pagi lain menu, tengahari lain menu, petang lain menu, malam lain menu termasuklah kadang-kadang tengah malam. Apakah aku umat nabi Muhammad yang bersyukur? Apakah layak kumakan makanan yang enak-enak dan lazat sedangkan aku bukanlah seperti baginda yang berjuang demi menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Misi dan visi perjuangan yang begitu besar untuk memimpin manusia mengenal Allah tidak dihamparkan dengan permaidani merah, tiada ayam panggang, tiada steak, chicken chop, tiada buah-buahan segar di meja makan, tiada minuman pelbagai warna dan tiada segala.

Sekalipun ada cebisan roti ianya hanya cukup untuk dikongsi, tidak sampai kenyang membuncit. Rasulullah tidak pernah lupa kepada jiran-jiran, sahabat-sahabat, ahli keluarga baginda apabila menikmati makanan, sekalipun yang diberikan oleh para sahabat yang lain. Baginda turut berkongsi dengan mereka sehinggakan tiada apalagi yang ada untuk dikongsi. Baginda sentiasa dalam keadaan lapar. Hatta untuk menemui kurma yang paling buruk sekalipun amat payah di dalam rumah baginda, inikan pula berbakul-bakul buah-buahan yang disusun cantik di dalam bekas kristal mahupun yang bersepah-sepah membusuk di dalam peti sejuk.

Dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah menerusi perang sekalipun, baginda dan sahabat tiada bekalan makanan.

Dari Saad bin Abi Waqqas RA, ia berkata, "Sesungguhnya saya adalah orang pertama dari kalangan Arab yang melempar dengan panah pada saat jihad di jalan Allah. Sungguh kami berperang bersama-sama dengan Nabi SAW tanpa berbekal makanan kecuali dedaunan pohon, sehingga kalau kami buang air besar, maka kotorannya seperti kambing, tidak ada campurannya sama sekali." (HR Bukhari dan Muslim)

Sekali lagi aku terkejut. Kita? Kalau sudah namanya berjalan, segala jenis makanan disumbatkan ke dalam kereta. Air ada? Keropok ada? Asam ada? Coklat? Kalau boleh satu kedai mahu dimuatkan ke dalam boot kereta. Sedangkan Rasulullah dan para sahabat hanya membekalkan Tawakkal di dalam hati. Jiwa mereka bukan pada dunia ini. Bagaimana harus ku tundukkan nafsu ke arah itu? Aku ingin menjadi sehebat mereka. Biar tiada sedinar atau sedirham di tangan, yang pasti aku ada Allah. Bukan aku gila, tetapi itulah yang aku rasa kini. Sepuluh sen yang ada, aku mahu kongsi lima sen seorang. "Berilah aku kekuatan itu, Ya Razzaq"

Lagi baris ayat kubaca,

Dari Fudhalah bin Ubaid RA, dia berkata, "Apabila Rasulullah SAW mengimami solat, sering ada orang-orang yang jatuh tersungkur dalam solat, kerana lapar. mereka adalah ahli Shuffah, hingga orang-orang badwi berkata, 'Mereka adalah orang-orang gila.' Sehingga setelah solat, beliau menghampiri dan bersabda, 'Andaikan kalian mengetahui pahala yang telah disediakan Allah SWT, nescaya kalian akan senang hidup dalam kemiskinan dan kelaparan.'"(HR Bukhari hadith ini shahih)

Selesai membaca kitab ini aku duduk diam termenung. Aku kejutkan cik abang yang sedang berbaring tidak sihat. Aku panggil anak-anak duduk keliling. "Kita jangan makan banyak lagi, cukup sekadar menghilangkan lapar dan dahaga. Sehingga wafat, Rasulullah SAW tidak pernah benar-benar merasa kenyang. Kita patut rasa malu terhadap Rasulullah. Rasulullah pernah mengikat kemas perut dengan batu semasa mengorek lubang dalam Perang Khandak semata-mata untuk menahan rasa lapar. Kita patut rasa malu. Rasulullah berjuang untuk Allah pun lapar. Kita tidak berjuang untuk Allah tetapi memilih makan yang bermacam-macam. Kita semua kena berazam untuk makan sekadar perlu sahaja apabila lapar. Semoga kita dapat merasai apa yang Rasulullah dan para sahabat alami. Rasulullah SAW banyak makan roti. Jadi kena kena kurangkan makanan berdaging. Kita kena rasa malu pada Rasulullah."

Suami ku mengangguk begitu juga anak-anak. "Ibu, Adlan tak nak makan banyak lagi." kata anak sulung. "Ain pun, ibu"kata yang bongsu. Aku harap kami semua diberikan kefahaman oleh Allah SWT untuk menjadi hambaNya yang soleh.

Aku akhiri perbincangan kami dengan dengan Hadith Riwayat Abu Daud,
"Dari Abu Umamah Iyas bin Tsa'labah Al Anshari Al Haritsi RA, ia berkata, 'Pada suatu hari, para sahabat Rasulullah SAW membicarakan tentang masalah duniawi, kemudian Rasulullah SAW bersabda, 'Apakah kalian tidak mendengar? Apakah kalian tidak mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman, sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagain daripada iman."

Saturday, November 28, 2009

Kenalpasti tanda-tanda STROK!

Artikel ni dipetik drp blog Ayah Zain-Ceriakan hari-harimu.

Apa itu S.T.R?


STROKE: Remember the 1st Three Letters.... S.T.R.

If everyone can remember something this simple, we could save some folks. Seriously..

STROKE IDENTIFICATION:

During a BBQ, a friend stumbled and took a little fall - she assured everyone that she was fine (they offered to call paramedics) she said she had just tripped over a brick because of her new shoes. They got her cleaned up and got her a new plate of food. While she appeared a bit shaken up, Ingrid went about enjoying herself the rest of the evening . Ingrid's husband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital - (at 6:00 pm Ingrid passed away.) She had suffered a stroke at the BBQ. Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps Ingrid would be with us today. Some don't die. they end up in a helpless, hopeless condition instead.

It only takes a minute to read this...
A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke... totally . He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.

RECOGNIZING A STROKE

Thank God for the sense to remember the '3' steps, STR . Read and Learn!
Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke. Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions:

S * Ask the individual to SMILE.
T * Ask the person to TALK and SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently)(i.e. It is sunny out today.)
R * Ask him or her to RAISE BOTH ARMS.

If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call emergency number immediately and describe the symptoms to the dispatcher.

New Sign of a Stroke -------- Stick out Your Tongue

NOTE: Another 'sign' of a stroke is this: Ask the person to 'stick' out his tongue.. If the tongue is 'crooked', if it goes to one side or the other , that is also an indication of a stroke.

A cardiologist says if everyone who gets this, sends it to 10 people; you can bet that at least one life will be saved.

Thursday, November 26, 2009

Hati merintih.... jemaah haji sudah berada di Arafah petang ni utk Wukuf

Sambil makan di The Mall, tiba-tiba hati Wan menjadi sebak. Hari ni...sehingga terbenamnya matahari... jemaah Haji akan berwukuf di Arafah. Mereka tiba di awal pagi, menghirup udara bumi pengampunan, tempat pertemuan Adam Hawa. Berdoa, berzikir, bertahmid kepada Allah, memohon keampunan...memohon rahmat...memohon segala-galanya. "Labbaikallah hummalabbaik labbaikalasyarikalakkalabbaik innalhamdah wannikmata lakawalmulk lasyarikalak" Hanya berbumbungkan langit Arafah, berteman seluas hamparan padang pasir, dikelilingi bukit-bukit, tangan menadah mengharap belas ihsan Allah. Merayu...meratap dosa silam, mengharap limpah rahmat daripada Yang Esa. Di sini keadaannya digambarkan umpama keadaan di Padang Masyar, seluruh umat berkumpul, mengenang dosa lepas, memohon keampunan Allah. Janji Allah... segala doa akan dimakbulkan di Arafah. Serasa hanya diri dan Allah sahaja yang ada di sana. Alangkah indahnya suasana itu.

"Ya, Habibi..., Kau bawalah aku ke sana, bertemuMu, dekat padaMu". Mimpi-mimpi lewat ketika dahulu menanamkan rindu yang teramat dalam diri Wan. Sudah tiga kali Wan bermimpi solat di Masjidil Haram, di depan Kaabah. Bagaimana harus ku tahan rindu ini? Apabila teringatkan Mekah, tidak semena-mena air mata bercucuran. Tidak kira di mana dan bila. Hingga saat ini Wan tidak dapat menahan deraian hadir tika hati berada di sana. Wan tidak mampu mejadi kuat untuk perkara satu ini. Mekah yang ku rindu, Madinah yang ku damba. "Ya, Allah, berikanlah aku peluang tiba di sana kala usia masih muda ini". Amin... AKU RINDU!!!!

Jalan-jalan jap!


Bila anak-anak dah besar, diorang pulak yang nak snap gambar kita. Alhamdulillah....my childrens learns a lot. Ni kami baru lepas deliver produk kat The Mall, so jalan-jalan sekejap. Rehat jap ye!

Adlan dan Ain tengah tunggu makanan tiba. Bukan main manja Ain dengan abang ye!

Ain bergambar dengan big bear. Seronok dia! Maklumlah dah lama tak berjalan. Ibu dia terlalu sibuk.

Friday, November 20, 2009


Nurin menerima sijil prasekolah. Selamat Menjejakkan Kaki ke Alam Persekolahan Sayang!

Nurin (kiri sekali) bersedia utk buat persembahan akhir tahun Tadika. Menari lagu Pop Yeh Yeh. Tak percaya Wan. Anakku yang pemalu ni boleh menari!

Alya (pakai baju kurung) dan Najwa tekun betul menunggu. Apa Cik Long buat tu?

Apa nak ditunggu tu? Sampai naik atas freezer. Tengah-tengah tu Aiman(anak Ana).

Najwa dengan seleranya makan cupcake. Cik Long nak sikit!

Alya anak sedara), Najwa(anak sedara-yg kecik tu) dan Nurin & Ain (my girls) dengan seleranya makan. Tak peduli sekeliling!

Adlan (my bia boy) dan Aiman (anak sedara) sedang makan cupcake yang baru dibuat.

Bila anak dan anak sedara berjumpa, ada saje idea nak gembirakan hati mereka. Jadi Wan buat cup cake. Masing-masing ada citarasa sendiri nak kek macamana. layan...

Saturday, November 14, 2009

BALASAN MELEWATKAN SOLAT!

Coretan ini dipetik drp tulisan Manzlie: Pengalaman Di Kota Makkah( Kisah Benar)

Bismillah....Salam from Makkah...pagi pagi nih aku ingin bercerita sesuatu...suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dahulu di sini..KISAH BENAR.....kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini....Kisah yang anda baca ini bukannyer datang dari majalah MASTIKA atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa'araya....Makkah....Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumo 40++ telah meninggal dunia..mereka telah mengusung jenazah beliau untuk di kebumikan Tanah Perkuburan Al-maq alah yakni lebih kurang 2 kilometer dari MasjidilHaram selepas solat zuhur. apa bila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut alangkah terperanjatnyer mereka bila mendapati se EKOR ular yang berwarna HITAM sebesar peha bersisik tebal telah BERADA didalam liang lahat ( dalam kubur tersebut) Subhanallah.keadaan ular tersebut amat mengerunkan..mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di Tanah Perkuburan Sa'raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ.( 8 kilometer jauhnyer )..pabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut rupa rupanyer ULAR HITAM yang sama jugak telah menunggu jenazah wanita yang ingin di kebumikan di situ.Allah huakbar.... mereka mengambil keputusan untuk memindah kan serta mengangkat ular tersebut dah letak kan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu..( yang peliknyer ULAR HITAM ituh tidak melakukan apa apa bila di sentuh oleh mereka ) , selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu tiba tiba ular HITAM yang di letakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan PANTAS dan MASUK meluru kedalam kubur wanita itu Masyaalah ( seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas - keaadaan sewaktu ular itu masuk kedalam kubur )..dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan dahan pokok yang di patah patahkan dan apabila mereka melihat kedalam kubur wanita tersebut alangkah terperanjatnnyer kerana ULAR HITAM itu sedang MEMBELIT jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu..subhanalah...ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut PENGSAN melihat kejadian itu...selepas di selidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi , rupa rupa nyer sewaktu hayat wanita tersebut SUKA melewat lewat kan SOLAT nyer...
Kepada teman teman blog ku yang disayangi serta my silent reader, marilah kita amik iktibar dan pedoman dari kejadian ini..semoga allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu dari ganguan syaitan dan iblis....insyalah..hanya sekadar bercerita kisah pengalaman ku disini..syukran..wasalam

Monday, November 9, 2009

Solat counting for Adlan.


Mulai hari ni, Wan dah sediakan jadual solat utk anak lelaki tunggal, Adlan. Ni dah akhir tahun, tahun depan, Adlan sudah berumur 10 tahun. Tahun ni perlu dihabiskan dengan pengisian rohani sebanyak mungkin supaya anak Wan mampu utk tetap solat bermula tahun depan. Sebelum ni, solat jugak tapi lompang-lompang. Mulai hari ni Wan dan suami berazam utk pastikan Adlan solat setiap waktu, 5 kali sehari. Good luck Adlan!

Ain sebelah kiri, Nurin (kanan) dan Adlan di belakang. "I love you, you love me, we are happy family, with a great big hug and a kiss from me to you, once you say you love me too". Muaahhh!

Ni anak bongsu, Ain. Kami baru sampai di K.L. dari Kuantan, jadi pergi makan sambil berehat. Nurin dan Adlan tak de sebab stay lagi dengan Mummy. They really love staying there!

Saturday, November 7, 2009

Terapi Anak-anak

Biasanya setiap hari Ahad, Wan akan buat sesi terapi untuk anak-anak Wan. Terapi yang dimaksudkan adalah terapi memasak. Tujuan terapi adalah untuk meredakan stress dalam diri anak-anak. Bila mereka lakukan sesuatu melibatkan aktiviti fizikal secara tak langsung, ketegangan dan tekanan dapat dilepaskan. Selain itu dapat mengasah daya kreativiti anak-anak. Wan sediakan bahan dan merekalah yang akan mengadunnya. They really enjoy doing it. Baru-baru ni Wan buat roti. Memang bertepung semua.Seronok!

Ini doh roti yang belum dibakar. Dah cukup kembang nampaknya, jadi bolehlah terus dibakar. Tak sabar nak rasa!

Ni mexican bun. Wan letak perisa cappucino. Balance perisa masa buat biskut raya baru-baru ni.

Macam-macam ada, raisin roll, mexican bun, plain bun etc.

Ni lebih adunan kek yang orang tempah, jadi wan buat utk anak-anak dan anak ana (adik). Diorang yang punya idea utk warna dan bunga. Layan jelah!

Wednesday, November 4, 2009

Hidup ini adalah PERSEDIAAN UNTUK MATI!

Lewat malam tadi, sebelum mata menutup tirai hari, Wan berbincang dengan suami soal tujuan permukiman di dunia ini. Dalam kesibukan bekerja, Wan sering merintih sendiri. Tiada masa utk diri bermunajat, bangun bertahajjud. Payah, berat, malas, letih. Semua berungkai menjadi satu. Suami kata, untuk menjadi isteri solehah bukan payah tapi tidaklah mudah. Cuma taat Allah, taat suami. Buat yang Allah perintah, tinggal apa yang Allah larang dan dengar cakap suami. Merendah diri dengan suami, jaga tutur kata dan segala macam perkara yang menyenangkan hati suami. Kalau tak mampu bangun malam, buat semua yang disebut tadi sudah mencukupi. jangan fikir perkara yang sukar dibuat, lunaskan perkara di depan mata dahulu. Tugas mendidik anak-anak itu lagi penting. Biar anak-anak ingat Allah. Ingat Rasul. Senang saja! kata suami. Terkebil-kebil mata Wan mendengar.

Jauh di dasar hati, Wan dambakan diri sebagai isteri, ibu, anak dan wanita solehah. Apa itu makna SOLEHAH? Mudah disebut, tidak semudah tutur di lidah. Wan ingin menjadi hebat. Hebat hanya di mata Allah. Hebat jadi kebanggaan Rasulullah s.a.w. Suami selalu mengingatkan biar kita tidak sama dengan yang lain. Biar kita terasing, biar kita tidak punya apa. Yang penting kita tahu kita di mana dan akan ke mana. Biar kita susah, jika itu cara dekat padaNya. Andai senang itu membuatkan Wan lupa, jauhkanlah. Wan takut menjadi sombong dan tidak mahu ke arah itu. Biarlah ia hanya milik Allah. Wan ini hanya hamba yang berada dalam genggamanNya. Wan tahu dan sedar letak tempat sebagai hamba. Wan ikut, Wan tunduk. Ya, Allah! Janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku ini walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek daripada itu.

Setiap hari sebelum melelapkan mata, Wan ingat mati. Bangun tidur Wan ingat mati. Solat... Wan ingat mati. Makan Wan ingat mati. Kerja, Wan ingat mati. Setiap hari tidak lupa, Wan selalu berkata pada suami, "Abang, Ani boleh mati bila-bila masa je!" Suami hanya mengangguk dan minta kami sentiasa bersedia ke arah itu.

Kadang-kadang bila mula mengangkat takbir, sudah timbul perasaan ingin cepat melangsaikan tanggungjawab pada Allah. Tapi tiba-tiba diri tersentak, andai ini solat terakhir .... Wan pantas meletakkan Allah di hadapan. Takut Allah tidak terima. Takut Allah murka.

Kadang-kadang juga, pabila kerja bersusun bertimbun, selesai solat, cepat-cepat berdoa. Doa pun pendek saja. Tiba-tiba tersentak lagi, andai ini doa terakhir. Tidak semena-mena airmata jatuh berjuraian. Wan mengadu. Wan mengharap. "Jadikanlah aku hambaMu yang soleh. Seandainya Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah aku sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu". Amin.

Suami Wan sering mengingatkan jangan bersedih hanya kerana kesusahan dunia. Sedih hanya kerana tiada bekal kita hari ini untuk esok. Apa nak dirisaukan kata suami, memang Allah akan berikan segalanya untuk mereka yang inginkan dunia. Katanya, "Lihat surah Hud, ayat 15-16, "Barang siapa menghendaki hidup di dunia dan perhiasannya, Kami sempurnakan pekerjaannya di dunia, sedang mereka tiada dirugikan. Tetapi tidak ada bagi mereka di akhirat, melainkan neraka. Dan hapuslah apa-apa yang mereka perbuat di dunia, dan binasalah apa-apa yang mereka amalkan". Nauzubillah...

Biarlah susah itu mengajar Wan erti sabar. Meletakkan ego Wan di bawah. Wan takut kata-kata Allah pada orang yang mahukan dunia. Wan takut sungguh. Allah berkata dalam firmanNya "Demi, jika Kami rasakan nikmat Kami kepada manusia, kemudian Kami cabut kembali daripadanya, nescaya ia putus asa dan menjadi kafir. Demi, jika Kami rasakan kepadanya kesenangan, sesudah kesusahan yang menimpa dirinya, nescaya ia berkata: Telah hilang sengsara itu dari saya. Sesungguhnya dia sangat bergembira lagi sombong. Kecuali orang-orang yang sabar dan beramal soleh. Untuk mereka itu ampunan dan pahala yang besar". (Surah Hud ayat 9-11)

Ya Habibi! Kasihanilah aku! Ampunkanlah dosa ku! Jadikanlah aku hambaMu yang sabar dan beramal soleh. Amin.

Tuesday, November 3, 2009

Kes Dr Asri Zainal Abidin Ditangkap JAIS.

Wan dah lama mengikuti perkembangan dan kuliah Dr. Asri menerusi maya. Banyak amalan dan ibadat kita bercampur gaul antara Islam dan adat. Perlahan-lahan Wan mula menyukai tulisan mahupun lisan beliau di dalam sebarang media.

Secara peribadi, Wan berasa cukup hairan dengan sistem penguatkuasaan dan perundangan negara. Bagaimana seorang bekas mufti tidak layak memberikan ceramah atau dengan kata lain tidak bertauliah. Sedangkan Dr. Asri merupakan seorang graduan Universiti of Jordan, pernah memegang jawatan tertinggi dalam bidang agama negeri dan mempunyai Phd serta sedang mengajar di USM. Kita tidak mahu hanya kerana kepentingan peribadi yang telah terpalit, mengundang dendam tidak keruan. Natijahnya, seorang aku bernama Asri, yang cuba menghidupkan Al-Quran dan Sunnah di dada masyarakat dijadikan sasaran.

Mungkin mereka tidak menyangka kes tangkapan Dr. akan menjadi besar sedemikian rupa. Siapa empunya diri yang dibela dan disokong oleh ramai tokoh negara ini? Bersambung...

Satu Family Sakit!

Sabtu baru-baru ni, wan n family makan sosej bun utk minum petang. Entah apa silapnya, sakit perut la pulak! Dah lah masa tu, anak yg bongsu dan tengah demam. Tuhan sahaja yang tahu betapa seksanya jaga anak yg sakit dalam keadaan kita yang lemah. 3 hari tak cukup tidur. lepas jelum anak yang kedua, jelum pulak yang ketiga. Dah lah 3 hari sebelum tu, anak sulung demam. memang tak tidur malam. Letih yg teramat. Disebabkan tak cukup tidur berhari-hari, migrain pun datang balik. Sebenarnya dah lama tak migrain. kalau tak silap, lepas berhenti kerja sampai sekarang tak migrain. Ni datanglah pulak. Ingat nak makan panadol. Tapi bila ingat nak jaga anak yang sakit, tahan je lah. kang tertidur, sapa yang nak kejutkan anak-anak utk makan ubat. Cik abang, sakit lagi teruk.Cik abang belum baik sepenuhnya. Sian dia! Sampai sekarang nak kerja pun lemah. Alhamdulillah pekerja part-time ada, bolehlah diorang settle apa-apa yg patut. Sampai sekarang bila tanya anak-anak, "nak makan sosej tak?". Dengan serentak semua kata "TAK NAKKKK!!!!!". Wan pun dah fobia. Tapi nak buat macamana, wan memang tak de masa nak masak sendiri. Pagi sampai malam, semua beli. Bukan tak sayang duit, tapi masa wan betul-betul penuh. Dalam sebulan ada lah sekali je free, hari Ahad. Tapi tengok nasibla. Biasanya isnin sampai ahad, fully booking. Tapi seronok bila sekali-sekala dapat masak. Yang paling seronok adalah cik abang dan anak-anak. Ialah mahal betul nak rasa air tangan isteri dan ibu masak. Biasanya makan tengahari jelah yg sempat wan buat. Start petang dah mula kerja balik. Jadi wan masaklah nasi ayam because that is their favourite food. Memang habis satu periuk. Malam punya hal, lain cerita. lagipun perut wan ni tak biasa makan benda yg sama utk masa yang berlainan. Sarapan lain, tengahari lain, petang lain dan malam lain. Bukan nak berlagak tapi memang mummy dah biasakan macam tu sejak kecil. Dan cik abang pun dah jadi macam tu jugak. kalau lauk tengahari dia dah tak lalu nak makan utk malam. Sebab tu lah kalau wan masak, memang just nice utk sekali santapan. Takut membazir. Okay lah till then. Jumpa lagi!

Sunday, November 1, 2009

Adakah kau lupa?

Adakah kau lupa?
Pernah dulu merasa ...
Kerasnya pepasir di tempat berpijak,
Pernah dulu menelan ...
Pahitnya madu bersulam hempedu,
Pernah bersabar dalam dasar paling dalam,
Pernah berlapar dalam redha kelam,
Pernah dipijak menjadi alas semalam,
Pernah dilupa dalam ada,
Tapi...
Itu dulu...
Namun...
Aku tidak pernah lupa.