Saturday, March 13, 2010

Pada 11 Mac 2010, Wan,dua anak perempuan Wan dan adik Wan jumpa Bro Imran Paris di rumah maknya di Kg Pandan, di belakang Kedai Perabot, setentang Tesco Ampang. Kami borak-borak panjang. Walaupun nampak keletihan Bro Imran sekeluarga meriah dengan layanan yg mesra dan ikhlas. Dapat rasa kek lapis Sarawak. Lama tak makan. Sedap! Tak terkilan rasanya setelah berjumpa dengan semua ahli keluarga Bro Imran. Semuanya peramah. Keluarga org baik-baik ni! Humble orgnya Bro Imran ni, begitu jugak Mai, adik-beradik, dan mak ayahnya. Comel (adik perempuan Bro Imran)pada mulanya Wan ingat adiknya yg dalam From 5, rupa-rupanya dah ada anak lima. Ya, Allah! terkejutnya Wan. Mukanya... betullah seperti panggilannya COMEL! dan nampak begitu muda dan keanak-anakan. Terima kasih semua! I will misss u all!

Inilah rupa org baru, buah hati Bro Imran dan Mai. Inilah orgnya yg buat Cik Wan pening kepala memikirkan nama gerangan yg berhidung mancung ni. Comel sesangat! GERAMMM!!!!! Masa Wan jenguk Iman, dia sedang tidur. Jadi tak sempat nak peluk-peluk. Tapi Cik Wan tak rasa ralat, sebab Cik Wan dah dapat cium pipi Iman. Sayang Iman! Moga jadi anak soleh ye! rasa macam anak sedara sendiri pulak! Sedih berpisah sampai sekarang rasa rindu pada Iman, Hadi dan semau anak Bro Imran. Mai, Wan cukup senang dapat berkenalan dengan Mai. Mai ni orgnya tak byk bercakap, hanya cakap yg perlu sahaja. Wan suka org macam ni. Mai nampak matang berbanding usia. Ingat ke Wan yg muda (Perasan!) tapi Mai lagi muda beberapa tahun dr Wan.

Ni Bro Imran. Orgnya nampak muda di luar. Dalam gambar lain sikit. Kalau nak tahu rupa IP yg sebenr-benarnya kena jumpa sendiri tau. IP dan keluarga baik orangnya. Terlalu meraikan tetamu. Itu yg Wan rasa sepanjang berada di rumah mak IP ni. IP, orgnya selalu memuji org, tak lekang kata-kata pujian dari mulutnya. Anak lelakinya, Hadi pun sama naik macam bapaknya ni. Ni Kak Raihanah. Wan panggil Kak Ana. Kak Ana peramah orgnya. nanti kita jumpa lagi ye Kak! Suka akak!

Bro Imran perkenalkan Wan dengan seluruh ahli keluarganya, dari adik kepada ibu, ayah, anak buah, isteri Mai, Hadi, Iman, anak perempuannya. Sambil makan, kami berborak panjang. Wan rasa dah macam ahli keluarga sendiri. Ibu Bro Imran bahasakan dirinya Mak Yam. Wan rasa macam nenek Wan je Mak Yam ni. Mak Yam peramah jugak orgnya. Cakap hanya yg perlu sahaja, yg selebihnya, macam pendiam orgnya tapi bulan sombong. Mak Yam kata dulu dia buat kuih lapis dan berbagai-bagai kuih lagi masa tinggal di Kg Baru. Oh! Rupanya Mak Yam ni pandai masak ye. Rugi Wan tak tanya resepi lama2.Wan rasa betul-betul dihargai kedatangan pada malam tu di rumah yg penuh barakah tu.

Ni tengah seronok borak sakan. Walaupun IP nampaknya keletihan baru lepas exam pada siangnya, tapi sanggup melayan kami yg datang dengan penuh mesra. Terima kasih Bro Imran dan seluruh keluarga. Hanya Allah sahaja yg mampu membalasnya.

Terima kasih Bro Imran di atas hadiah-hadiah ni. Mana nak dapat benda ni semua kat sini. Nak ke sana??? Belum tentu. Yg bulat gambar ladybird tu perfume dr Paris tanpa alkohol. Baunya... emmmm wangi sgt, bau bunga. Dia macam balm, sapu sikit kt tangan, baunya membuatkan Wan rasa tenang. Oh! ni lah perfume yg Bro Imran janjikan dulu ye? Syukran. Iman, sebab Iman lah Cik Wan dpt perfume ni tau! Terima kasih kicik! Eiffel Tower tu... dapat pegang jadi le. Sepit tu utk anak dara Wan yg 2 org tu. Terima kasih banyak2 Bro Imran dan Mai. Buat susah-susah je. Siap bagi duit Euro utk anak-anak Wan. Jasa kalian tak ternilai di dunia ni, hanya Allah yg mampu membalasnya. Syukran Jazilan Kathiro.

4 comments:

  1. Salam,

    soronok kan jumpa Bro Imran yang rengan memuji. Semoga tali silatul rahim berpanjangan

    ReplyDelete
  2. Salam Ayah Zain,

    memang seronok jumpa Bro Imran sekeluarga. Rasa masa begitu singkat. 1st time jumpa segan jugak. Borak tu memanglah borak tapi segan tu ada lagi. Lepas ni mesti boleh bertepuk bertampar gamaknya. Tapi dengan Mai dan anak-anak lah kot. hehehehhe

    ReplyDelete
  3. Salam kak wan...

    Memang seronok jumpa ngan Abg Im sekeluarga... walaupun baru jumpa cam dah lama mengenali...

    ReplyDelete
  4. Salam Atikah,

    Ye memang seronok jumpa Bro Im, Mai dan anak-anak. Mereka peramah kan!

    ReplyDelete