Thursday, December 31, 2009

DUA KOSONG SATU KOSONG

Terkinja-kinja, terlompat-lompat, berpakaian ketat lagi singkat terus nampak pusat. Segala lurah, segala bukit ingin didedah. Ini fesyen kak! Ni fesyen up to date. Up to date ke up to dead? Pakai tudung tak macam pakai tudung, ketat semacam. Berseronoklah! Menjeritlah umpama dunia ini bapak engkau yang punya!

Bunyi bom sudah kedengaran dari celah-celah tingkap masuk menyelinap ke segenap ruang. Hurray! Kira...kira.... Jangan tak kira! Dah macam budak sekolah tadika. Dari pemimpin atasan hinggalah ke budak hingusan, masih seperti dahulu terus mengira. Apa yang kau kira? Apakah mengira-ngira hari kematianmu? Atau sekadar belajar untuk mengira satu hingga sepuluh? Tidak cukupkah masa lapan tahun di sekolah rendah dan tadika untuk belajar mengira? Apakah sistem pendidikan di sini ketinggalan? Khabarnya komputer dapat satu setiap seorang. Takkanlah masih tak reti-reti mengira. Kira lah kalau masih nak kira.

Sakit kepala dan sesak dada memikirkan onar manusia. Tapi siapalah aku untuk menghentikan masa. Pulanglah dik! Kita kembali kepada Pencipta. Kita lupakan segala. Kita sebenarnya tidak punya apa. Kita akan pergi jua apabila tiba masanya. Keriangan apa yang kau cari. Semua ini palsu, dik!

Kita mesti cemerlang! Kita mesti hebat! Kita umat Muhammad mesti hebat!

Sematkan azam baru, dik! Kita mesti menjadi IBADURRAHMAN!

"dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhai-Nya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adap hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini. Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah)yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri. Dan juga mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab nereka Jahanam dari kami. Sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan." Sesungguhnya neraka Jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk. Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut, dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu." (Surah Al-Furqan, ayat 63-77)

Marilah sama-sama kita berazam untuk menjadi Ibadurrahman, iaitu hamba Allah yang diredhai dan bukannya IBADUSY-SYAITAN! Nauzubillah...

Tuesday, December 29, 2009

SABAR DAN SOLAT ADALAH JALAN KELUAR

"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajipan) mu sendiri padahal kamu membaca Al-Kitab(Taurat)? Maka tidakkah kamu berakal? Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'. (Iaitu) orang-orang yang menyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya." (Al-Baqarah/2:44-46)

Peringatan ini Allah tujukan kepada Bani Israil, namun iktibar yang dapat diambil daripada ayat di atas adalah bersifat umum. Ini bermakna, Allah begitu menekankan aspek kepimpinan melalui teladan. Kalau benar kita orang yang menghayati Al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, sudah tentu kita akan menjaga diri terlebih dahulu diikuti oleh anak isteri dan kaum keluarga.

Namun, ramai kita antara kita yang memandang ringan perkara ini sedangkan dengan jelas Allah melahirkan rasa kebencianNya terhadap mereka yang bersikap sedemikian seperti di dalam firmanNya,

"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan."

Kau tunjukilah aku jalan yang lurus lagi benar, Ya Allah. Jadikanlah aku hambaMu yang solehah, isteri,anak dan ibu yang soleh. Hanya padaMu aku berserah. Amin.

Monday, December 21, 2009

Nurin dan Adlan baru sampai dari Kuantan.


Nurin dan Adlan baru sampai pagi ni dari kampung rumah mak Wan di Kuantan. Jadi bawak sekali pegi The Mall. Rindu betul pada ibu dan ayah, sampai peluk lama-lama.

Ain dan ibu sempat posing sambil menunggu makanan sampai.

Adlan nak bergambar di trek racing remote car. Dia kata nak race kat situ. Tengoklah kalau ibu dan ayah ada masa!

Semua seronok naik monorel.

Saturday, December 19, 2009

HAPUSLAH AIRMATAMU! 6

“Hai orang-orang yang beriman bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaranmu.” (Ali Imran (3):200)

Ya, aku orang yang beriman. Aku beriman kepada Allah, Aku beriman kepada Rasul, Aku beriman kepada Malaikat, Aku beriman kepada KitabMu. Aku beriman kepada hari Akhirat dan Aku beriman kepada Qada dan Qadar. Ya, akulah orangnya yang Kau maksudkan Ya Allah. Tapi imanku ini Ya, Rahim, tidak setanding iman rasulMu, iman para sahabat, iman para tabi’ tabien dan iman para ulama. Aku tidak tahu di mana letak duduk ku di sisi MU. Yang ku tahu, aku ini hanyalah hambaMu yang amat hina lagi daif dan jahil.

Semakin lama kurenungi, amati dan halusi setiap ayat yang dicipta indah olehMu, seakan diri ini dibelai, dipujuk dan ditiupkan semangat. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala isi cerita, derita, sedih, pilu dan segala macam rasa seorang hamba yang bernama aku. Atau sesiapa sahaja yang punya rasa sama seperti aku.

Aku rasa bangga Kekasihku memujuk untuk bersabar dan terus bersabar hingga beroleh kekuatan yang mutlak. Kuat itu dari mana datangnya jika bukan daripada Allah yang melapangkan urusanku. Seringkali aku bersedih untuk segala macam alasan. Seringkali juga aku rasa kehilangan. Aku leka dalam mainan dunia hingga hanyut hilang arah sebenarnya. Aku ini bukan sesiapa. Kadangkala tewas juga. Tatkala jiwa merintih pilu, aku bersujud mengabdikan diri padaMu.

“Aku lemah, Ya Habibi. Kau tanamkanlah aku kekuatan menghadapi dugaanMU. Mudahkanlah urusanku, Wahai Kekasih Yang Paling Agung! Hanya kepadaMu tempat aku yang daif lagi hina ini mengadu. Hanya kepadaMu aku meminta. Hanya Engkaulah tempat aku bergantung. Aku ini di dalam genggamanMu. Hanya Engkau yang berhak menentukan perjalanan hidupku ini. Berilah aku petunjuk dan hidayahMu.”

Usai doa setiap kali solat, aku beroleh kekuatan yang entah dari mana datangnya. Dada yang sempit berasa lapang seluas-luasnya. Mata yang berlinangan kukesat sambil mencapai Al-Quran. Tatkala aku di dalam kesedihan meratapi urusan dunia yang tak berkesudahan, aku amati lagi ayat-ayatMu. Aku bertambah kuat dan tenang. “La Tahzan wahai jiwa yang kerdil,” aku bermonolog sendirian.

Tiap kali membaca dan menatap kalimat-kalimat dariMu, aku lupa segala-galanya. Aku berani hadapi rintangan yang Kau bentangkan untukku. Dugaan ini tiada apa-apa makna padaku kerana aku tahu Kau dibelakangku. Di depanku. Di kiriku. Di kananku. Dan di hatiku.

Aku kini menjadi perindu pada kata-kata hikmatMu. Kau mengubat lukaku, sepiku dan laraku. Ku buka cermat kitab suciMu, Kau berfirman lagi,

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar” (Al-Baqarah (2):155).
Khabar gembira buat ku dan umat seumpama adalah pengubat segalanya. Aku redha andai itu dugaan yang Kau datangkan untuk menguji keimanan ku terhadapMu.

Kau ajar aku lagi,

“Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Innalillahi wa inna ilaihi raji ‘uun’” (Al-Baqarah (2):156)

Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Petunjuk dan Penyayang. Kau pujuk agar aku redha, Kau ajar agar aku sabar. Kau hadiahi aku setelah aku sabar hingga aku benar-benar tenang dalam lindunganMu seperti firmanMu,

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar (39):10)

Tiada lagi airmata untuk dunia ini. Dugaan hanyalah sementara. Ia datang dan pergi jua bila tiba masanya.

RasulMu juga turut menitipkan doa untuk dipinta tatkala di dalam kesedihan

“Daripada Abdullah Bin Mas’ud r.a., bahawa sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, Barang siapa yang selalu ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah dia membaca: ((“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, dan anak abdiMu, dan anak-amahMu, dan (berada) di dalam genggamanMu, ubun-ubunku di tanganMu, berlaku padaku hukum (ketetapan)Mu, adil padaku ketentuanMu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milikMu, (sama ada) yang Engkau namakan diriMu dengannya, atau yang Engkau turunkan dia di dalam kitabMu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisiMu; kiranya Engkau jadikan Al-Quran sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku”)). Tidak seorang hambapun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kesedihanya dan digantiNya (kesedihan itu) dengan kegembiraan” hadith Sahih riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Hibban.


Cukuplah Allah sebagai penolong bagiku. Hapuslah airmatamu!

Sunday, December 13, 2009


My big little boy's birthday, Adlan (12/12/09). Buat sekali dgn Ana 13/12/09.

Saturday, December 5, 2009


Birthday Ayesha 2 December 2009. Ayu dtg K.L. utk celebrate. Seronok tengok si kecil tu. Cik long geram!

Ain tengah celebrate sekali dengan Ayesha utk birthday.

Birthday Ain 1 December 2009. Hepi birthday Ain! Ibu sayang sangat!

As'ad(anak saudara) dtg K.L sekejap je. Sempat la bawa dia gi KFC.