Thursday, December 31, 2009

DUA KOSONG SATU KOSONG

Terkinja-kinja, terlompat-lompat, berpakaian ketat lagi singkat terus nampak pusat. Segala lurah, segala bukit ingin didedah. Ini fesyen kak! Ni fesyen up to date. Up to date ke up to dead? Pakai tudung tak macam pakai tudung, ketat semacam. Berseronoklah! Menjeritlah umpama dunia ini bapak engkau yang punya!

Bunyi bom sudah kedengaran dari celah-celah tingkap masuk menyelinap ke segenap ruang. Hurray! Kira...kira.... Jangan tak kira! Dah macam budak sekolah tadika. Dari pemimpin atasan hinggalah ke budak hingusan, masih seperti dahulu terus mengira. Apa yang kau kira? Apakah mengira-ngira hari kematianmu? Atau sekadar belajar untuk mengira satu hingga sepuluh? Tidak cukupkah masa lapan tahun di sekolah rendah dan tadika untuk belajar mengira? Apakah sistem pendidikan di sini ketinggalan? Khabarnya komputer dapat satu setiap seorang. Takkanlah masih tak reti-reti mengira. Kira lah kalau masih nak kira.

Sakit kepala dan sesak dada memikirkan onar manusia. Tapi siapalah aku untuk menghentikan masa. Pulanglah dik! Kita kembali kepada Pencipta. Kita lupakan segala. Kita sebenarnya tidak punya apa. Kita akan pergi jua apabila tiba masanya. Keriangan apa yang kau cari. Semua ini palsu, dik!

Kita mesti cemerlang! Kita mesti hebat! Kita umat Muhammad mesti hebat!

Sematkan azam baru, dik! Kita mesti menjadi IBADURRAHMAN!

"dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhai-Nya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adap hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini. Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah)yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri. Dan juga mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab nereka Jahanam dari kami. Sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan." Sesungguhnya neraka Jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk. Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut, dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu." (Surah Al-Furqan, ayat 63-77)

Marilah sama-sama kita berazam untuk menjadi Ibadurrahman, iaitu hamba Allah yang diredhai dan bukannya IBADUSY-SYAITAN! Nauzubillah...

No comments:

Post a Comment