"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajipan) mu sendiri padahal kamu membaca Al-Kitab(Taurat)? Maka tidakkah kamu berakal? Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'. (Iaitu) orang-orang yang menyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya." (Al-Baqarah/2:44-46)
Peringatan ini Allah tujukan kepada Bani Israil, namun iktibar yang dapat diambil daripada ayat di atas adalah bersifat umum. Ini bermakna, Allah begitu menekankan aspek kepimpinan melalui teladan. Kalau benar kita orang yang menghayati Al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, sudah tentu kita akan menjaga diri terlebih dahulu diikuti oleh anak isteri dan kaum keluarga.
Namun, ramai kita antara kita yang memandang ringan perkara ini sedangkan dengan jelas Allah melahirkan rasa kebencianNya terhadap mereka yang bersikap sedemikian seperti di dalam firmanNya,
"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan."
Kau tunjukilah aku jalan yang lurus lagi benar, Ya Allah. Jadikanlah aku hambaMu yang solehah, isteri,anak dan ibu yang soleh. Hanya padaMu aku berserah. Amin.
Tuesday, December 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment