Friday, April 16, 2010

Saat-saat Wan hampir menitiskan airmata!


"Ibu, ni untuk ibu!"kata Nurin. Wan tergamam sebentar. Terima kasih, Nurin! Kenapa ni? Nurin senyum je. Wan terpinga-pinga. Aduh! sayunya rasa!

Inilah bunga carnation plastik yang dihadiahkan Nurin pada Wan. Nurin beli dengan duit belanja harian di kedai buku sekolah.

Balik je dari sekolah, Nurin cepat-cepat letakkan beg, pergi kedai beli sekeping kertas warna biru. Wan kerling-kerling jugak tapi tak pasti apa yang dibuat Nurin tu. Wan nampak dia gunting-gunting dan entah apa lagi. Wan tak tanya sebab ingat dia buat kerja sekolah. Lebih kurang pukul 6 petang, Nurin bagi kad tu pada Wan."Apa ni Nurin?" tanya Wan. "Ibu tengoklah!"jawab Nurin. Wan pun buka kad tu, dan rasa amat terkejut. Rasa sayu tiba-tiba je datang. Tak sangka anak yang kecil ni sudah tahu menghargai diriku dan suami. Rasa nak menangis je, dalam hati Tuhan saja yang tahu. Wan peluk Nurin sambil berkata, "Terima kasih, Nurin!" Nurin senyum je. "Kenapa Nurin buat kad ni untuk ibu?", tanya ku. "Nurin sayang ibu!" terus dia letakkan kepalanya di dada Wan sambil memeluk dengan lebih kuat. "Ibu pun sayang Nurin!" balas Wan sambil mencium pipinya dan terus memeluknya lama. Tak pernah Wan rasa pengalaman dihargai sebegini. Terima kasih, anak ibu semua!

8 comments:

  1. Salam kak...hadiah yang istimewa dari anak yang tersayang. syukran kasih berpanjangan. Masukan nilai kasih sayang demi menjamin kekalan abadi. InsyaAllah.
    Semperna apa sebenarnya ini?

    ReplyDelete
  2. MI, Alhamdulillah Allah limpahi kami sekeluarga dengan kasih sayang. Entah! kak wan pun tak tahu kenapa Nurin bagi kak wan hadiah. Tapi selepas pada satu pagi, kak wan jenguk dia kat sekolah masa rehat. Dia terkejut sebab kak wan tak bagi tahu pun nak pegi sekolah. sebenarnya pegi sekolah hari tu pun sebab nak check kemasukan anak ke3 utk Tahun 1, pada tahun depan. entahlah... lepas balik sekolah tu yg dia bagi hadiah tu. byk kali dia ulang-ulang cakap dia sayang kak wan. sedih rasanya!

    ReplyDelete
  3. salam kak wan

    ucu pun sayang ibu nurin tau..muah2..hmmm seorang ibu penyayang akan mnjadi ikonterbaik. Dzahirkan kecintaan ilahi dan serlah kasih sayang dlm istana yg terbina. Muga lahirlah anak2 yg menghargai dan mncintai ALLAH, RASUL dan ibubapanya..Semuga kak wan berbahagia selamanya..amin

    ReplyDelete
  4. Salam Wan,
    Cair hati ibu...sejuk perut ibu mengandung kan...moga sehingga besar mereka akan ingatkan kita...

    ReplyDelete
  5. salam wan,

    pandai anak kecil ini menzahirkan kasih sayangnya kepada ibu dia...mudah2an kasih sayangnya buat ibubapa hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  6. Ainhany,

    Terima kasih, kak wan pun sayang awak!Insyallah kak wan ingin menjadi ibu terbaik buat anak2. Moga Allah permudahkan urusan Kak Wan. Terima kasih atas doa Ain tu.

    ReplyDelete
  7. Salam Datin,

    Ya, Datin, kadang-kadang kita ingat hanya kita yang sayangkan mereka. Rupa-rupanya dalam diam anak-anak menghargai kita dengan cara mereka. Ya, moga mereka ingat kita sampai mereka besar sehinggalah kita tiada lagi di sini...

    ReplyDelete
  8. Salam Mama Zainab,

    Ya, memang Wan terkejut sangat petang tu. Betul2 tak sangka. Ingat ke bila dah besar baru anak-anak pandai utk appreciate kita. Mama tentu lebih byk kenangan yg manis bersama anak2 berbanding wan. Sedih kan Mama?

    ReplyDelete