Sambil makan di The Mall, tiba-tiba hati Wan menjadi sebak. Hari ni...sehingga terbenamnya matahari... jemaah Haji akan berwukuf di Arafah. Mereka tiba di awal pagi, menghirup udara bumi pengampunan, tempat pertemuan Adam Hawa. Berdoa, berzikir, bertahmid kepada Allah, memohon keampunan...memohon rahmat...memohon segala-galanya. "Labbaikallah hummalabbaik labbaikalasyarikalakkalabbaik innalhamdah wannikmata lakawalmulk lasyarikalak" Hanya berbumbungkan langit Arafah, berteman seluas hamparan padang pasir, dikelilingi bukit-bukit, tangan menadah mengharap belas ihsan Allah. Merayu...meratap dosa silam, mengharap limpah rahmat daripada Yang Esa. Di sini keadaannya digambarkan umpama keadaan di Padang Masyar, seluruh umat berkumpul, mengenang dosa lepas, memohon keampunan Allah. Janji Allah... segala doa akan dimakbulkan di Arafah. Serasa hanya diri dan Allah sahaja yang ada di sana. Alangkah indahnya suasana itu.
"Ya, Habibi..., Kau bawalah aku ke sana, bertemuMu, dekat padaMu". Mimpi-mimpi lewat ketika dahulu menanamkan rindu yang teramat dalam diri Wan. Sudah tiga kali Wan bermimpi solat di Masjidil Haram, di depan Kaabah. Bagaimana harus ku tahan rindu ini? Apabila teringatkan Mekah, tidak semena-mena air mata bercucuran. Tidak kira di mana dan bila. Hingga saat ini Wan tidak dapat menahan deraian hadir tika hati berada di sana. Wan tidak mampu mejadi kuat untuk perkara satu ini. Mekah yang ku rindu, Madinah yang ku damba. "Ya, Allah, berikanlah aku peluang tiba di sana kala usia masih muda ini". Amin... AKU RINDU!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment