“Ibu, Allah sedang buat apa sekarang? Allah kat mana?” tanya anak yang bongsu, Ain. Pertanyaan ini berulang-ulang bermula daripada anak yang pertama dan diikuti kedua seterusnya baru-baru ini oleh puteri bongsu saya.
Ketika pertama kali ditebak pertanyaan sedemikian rupa oleh anak sulung, otak ini ligat berpusing-pusing mencari jawapan yang terbaik.
“Sekarang…..emm…apa yang Allah buat ye? Sekarang…. Allah sedang tengok Ain dengar cerita ibu!” balas saya sambil disambut senyum tersipu-sipu Ain. Ain rasa gembira apabila mengetahui Allah sedang memerhatikannya.
“Ibu, Allah tengah pandang Ain ke Bu?” tanyanya lagi inginkan kepastian.
“Ya!” balas saya tersenyum.
“Habis…. Allah kat mana Bu? Ain tak nampak pun!” tanyanya pelik.
Mampukah sahabat sekalian menjawab persoalan ini seandainya ditanya oleh anak lelaki mahupun perempuan kita?
Tidak dinafikan masih ramai yang agak sukar memberikan jawapan yang tepat. Ada yang terpinga-pinga mencari jawapan yang selama ini tidak pernah terlintas di fikiran. Atau juga, ada yang semacam tidak pasti tempat beradanya Allah. Ada yang mengatakan bahawa Allah berada di atas (langit), di setiap tempat, atau Allah berada di mana-mana, di dalam hati ataupun berada di langit dan di bumi.
Secara asasnya, proses untuk menjadi seorang hamba yang mukmin kita wajib mengetahui tempat Allah berada. Seandainya masih merasa ragu-ragu, kita harus berusaha mencari sebanyak ilmu untuk mendekatkan diri kita yang kerdil ini dengan Pencipta.
Persoalan di manakah Allah merupakan satu aspek penting dalam kehidupan seseorang kerana ia melibatkan asas utama tahap keimanan seseorang iaitu akidah
Seandainya Allah berada di setiap tempat, ini bermakna Allah berada di pasar-pasar, tempat kotor dan seumpamanya. Adakah layak Allah Yang Maha Suci, Maha Besar, Maha berkuasa perlu berada di tempat-tempat sedemikian?
Cuba kita lihat firman Allah di dalam Surah Al-Ikhlas:4,
“Dan tidak ada satupun yang sama/sebanding dengan-Nya”
Ini jelas menunjukkan bahawa Allah tidak setara untuk berada pada kedudukan yang sama seperti semua makhluk yang diciptakanNya. Nas ini menjadi antara bukti kukuh bahawa Allah tidak berada di mana-mana tempat.
Bagi sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa Allah berada di semua tempat, ia sama sekali tidak benar. Ini kerana,
Firman Allah,
“Maha Suci Engkau! Ini adalah satu dusta yang sangat besar” (Surah An-Nur: 16)
Persoalan “Di manakah Allah?” ini pernah diutarakan Rasulullah saw kepada seorang budak perempuan kepunyaan Mu’awiyah bin Hakam As Sulamiy untuk menguji tahap keimanannya.
Beliau bertanya kepada budak perempuan itu, “Di manakah Allah?” Jawab budak perempuan, “Di atas langit” Beliau bertanya lagi, “Siapakah aku?” Jawab budak perempuan, “Engkau adalah Rasulullah.” Beliau bersabda, “Merdekakan dia! Kerana sesungguhnya dia seorang mu’minah (perempuan yang beriman)” (Hadith Shahih)
Cuba telitikan firman Allah seperti di bawah,
“Ar-Rahman di atas Arsy Ia istawaa (bersemayam)” (Surah Toha:5)
Ar-Rahman atau yang bermaksud Yang Pemurah dalam ayat di atas adalah Allah Azzawajalla. Ini memberikan kita satu gambaran jelas bahawa Allah telah memberitahu tentang kedudukanNya Yang Maha Tinggi agar kita tidak lagi tertanya-tanya. Ini kerana sebagai seorang manusia, kita tidak dapat lari daripada sifat ingin tahu dan ingin bertanya dan terus bertanya.
Lihat pula firman Allah di dalam Surah Al-A’raf ini:54 ini,
“Sesungguhnya Tuhan kamu itu Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Ia istawaa di atas Arsy”
Justeru, kita sebagai hambaNya yang jahil wajib beriman dengan sepenuhnya bahawa Allah istiwaa di atas ArsyNya sesuai dengan kebesaran dan keagunganNya.
Penjelasan tentang tempat bersemayamnya Allah ditunjukkan dengan jelas dalam tujuh tempat di dalam Al-Quran iaitu:
1.Surah Toha:5
2.Surah Al-A’raf:54
3.Surah Yunus:3
4.Surah Ar-Ra’du:2
5.Surah Al-Furqan:59
6.Surah As-Sajdah:4
7.Surah Al-Hadid:4
Namun ini tidak bermakna Allah bergantung kepada Arsy untuk bersemayam. Ini kerana Arsy juga adalah makhluk Allah. Bahkan semua makhluk termasuk Arsy bergantung kepada Allah sepertimana firmanNya yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah Maha Kaya dari sekalian alam” (Surah Al-Ankabut:6)
Arsy ini pula merupakan tempat yang paling tinggi berada di atas tujuh langit dan sangat besar sekali sebagaimana diterangkan Ibnu Abbas:
“Dan Arsy tidak seorang pun dapat mengukur berapa besarnya”
Ini diperkuatkan lagi dengan peristiwa israk Mi’raj bahawa Rasulullah saw bertemu dengan Allah swt melepasi langit ke tujuh. Ini menunjukkan abhawa Allah berada di atas langit (Arsy).
Salah satu bukti lagi Allah berada di atas Arsy dan bukan di merata-rata tempat adalah,
“Mereka (para malaikat) takut kepada Tuhan mereka yang berada di atas mereka dan mereka mengerjakan apa-apa yang diperintah” (Surah An-Nahl:50)
Bukti lain juga terdapat dalam firman Allah kepada Nabi Isa bin Maryam,
“Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dan mengangkatmu kepadaKu” (Surah Ali Imran:55)
Ibnu Khuzaimah di dalam kitabnya At-Tauhid (hal. 11) menerangkan bahawa bukankah mengangkat sesuatu itu dari bawah ke atas (ke tempat yang tinggi) tidak dari atas ke bawah.
Contoh bukti lain terdapat dalam sabda Rasulullah saw seperti berikut:
“Orang-orang yang penyayang, mereka itu akan disayang oleh Allah Tabaaraka wa Ta’ala (Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi), oleh kerana itu sayangilah orang yang di muka bumi, nescaya Zat yang di atas langit akan menyayangi kamu.” (Hadith Shahih)
Dari Ibnu Abbas (ia berkata): Bahwa Rasulullah saw berkhutbah kepada manusia pada hari Nahr (10 Zulhijjah) kemudian Ibnu Abbas menyebutkan khutbah Nabi saw kemudian beliau mengangkat kepalanya (ke langit) sambil mengucapkan , “Ya, Allah bukankah aku telah menyampaikan! Ya, Allah bukankah aku telah menyampaikan!” (Riwayat Iman Bukhari bab 2, hal 191)
Umar bin Khattab pula pernah mengatakan,
“Bahawasanya segala urusan itu (datang/keputusannya) dari sini” Sambil Umar mengisyaratkan tangannya ke langit.
Manakala berbalik kepada makhluk yang bernama Arsy pula, Allah berfirman di dalam surah Hud:7 yang bermaksud;
“Dan adalah Arsy-Nya itu di atas air.”
Walau apa pun bentuk Arsy yang dimaksudkan Allah itu, perkara utama adalah keyakinan kita terhadap persoalan akidah yang menyentuh tentang tempat bersemayamnya Allah.
Mengapa kita perlu mengetahui tempat bersemayamnya Allah?
Imam Abu Hanifah telah berkata;
“Barang siapa yang mengingkari sesunguhnya Allah berada di atas langit, maka sesunguhnya ia telah kafir.”
Manakala bagi mereka yang hanya mendiamkan diri dan tidak mengetahui sama ada Allah berada di langit atau di bumi, berkata Imam Abu Hanifah, “Sesungguhnya dia telah ‘kafir’ kerana Allah telah berfirman: Ar-Rahman di atas Arsy Ia istawaa (bersemayam). Ini bermakna Abu Hanifah telah mengkafirkan orang yang mengingkari atau tidak tahu bahawa Allah istiwaa di atas Arsy-Nya sedangkan dengan jelas Allah telah menunjukkan tempat Nya berada kepada hambaNya tanpa berselindung..
Kesimpulannya:
1.Pertanyaan “Di manakah Allah?” disyariatkan dan telah mengikuti Rasulullah saw.
2.Wajib menjawab, “Sesungguhnya Allah di atas langit atau di atas Arsy.” Ini membuktikan keimanan kita sebagai seorang mukmin atau mukminah menurut sabda Rasulullah saw di dalam kisah pertanyaan kepada seorang budak perempuan itu.
3.Wajib menyakini bahawa Allah berada di langit iaitu di atas Arsy-Nya.
4.Barang siapa yang menafikan adanya Allah di atas langit, maka sesungguhnya ia telah kafir.
5.Barang siapa yang melarang untuk bertanya “Di manakah Allah?”, sesungguhnya ia telah menjadikan dirinya lebih pandai dari Rasulullah saw.
6.Barang siapa yang tidak menjawab, “Sesungguhnya Allah berada di langit” maka ia bukan seorang mukmin dan mukminah.
7.Barang siapa yang tidak mengetahui di mana Tuhannya, maka ia bukanlah penyembah Allah Azza wa Jalla, tetapi ia menyembah kepada ‘sesuatu yang tidak ada’
Dalil yang mengatakan Allah berada di atas Arsy (di langit) juga bertepatan dengan fitrah manusia. Seandainya seseorang manusia ditimpa musibah, mereka mengangkat kepala-kepala mereka ke langit sambil mengucapkan, “Ya, Tuhan!” Jadi secara fitrahnya atau semulajadinya, manusia mengetahui bahawa PenciptaNya berada di tempat yang tinggi di atas sekalian makhluk iaitu di atas ArsyNya.
Manakala bagi orang yang mengatakan “kami tidak tahu Zat Allah di atas Arsy atau di bumi”. Mereka ini adalah orang yang memelihara kecetekan ilmunya tanpa mahu berusaha memperbaiki kelemahan tersebut. Penerangan yang jelas dalam firman-firman Allah tersebut bertujuan agar kita mengetahui dan menyakini bahawa Allah telah mensifatkan diriNya dengan sifat-sifat ini yang salah satunya bahawa Ia istiwa (bersemayam) di atas ArsyNya.
Harapan saya semoga dengan penerangan ini, kita sama-sama dapat memperbaiki kelemahan diri dan akan melipatgandakan usaha mendalami ilmu mengenal Allah. Wallu’alam.
Tuesday, January 26, 2010
Sunday, January 17, 2010
TEKA-TEKI UNTUK ANDA! SILA JAWAB!
Apakah cara yang digunakan untuk membolehkan botol tergantung seperti di dalam gambar?
Tiada sebarang gam atau peralatan lain digunakan untuk menyebabkan botol tergantung seperti itu.
Tali tidak disimpulkan sebelum dimasukkan ke dalam botol.
Tali dimasukkan secara menegak ke dalam botol.
Gunakan teori sains anda ka sejarah ka geografi ka atau apa-apa sahaja. Kemukakan teori anda untuk dikongsi bersama raka-rakan di sini.
SOALAN: BAGAIMANAKAH BOTOL TERGANTUNG SEPERTI DI DALAM GAMBAR HANYA DENGAN MENGGUNAKAN TALI?
SILA JAWAB WAHAI SAUDARA SAUDARI BUDIMAN! SELAMAT MENGASAH MINDA!
TEKA-TEKI TEKA TEKUK....
Bekas berwarna coklat klasik ni diukir begitu cantik dan kelihatan sungguh menarik. Mataku lah kata menarik, tak tahulah yang lain.Bekas ni sesuai untuk diisi apa sahaja barang atau perkakas. Nak buat isi telur rebus bagi gift untuk wedding pun okat, Nak isi brooch atau benda-benda cinonet pun sesuai.
Soalannya: Apakah bahan utama untuk menghasilkan bekas yang secantik ini?
Saturday, January 16, 2010
Yey! Kak Chaq datang kedai Wan!
Gambar ni diambil cepat-cepat sebab Kak Chaq (Ummi Humaira) nak kena balik cepat. Cik abang dia nak masuk kerja. Sebenarnya Kak Chaq datang kedai Wan sebab nak ambil kuih bakar lagi macam gathering PDKM hari tu.
Seronok tak terhingga akhirnya kak Chaq sampai jugak kedai wan walaupun sesat jap. kak Chaq dan keluarga kebetulannya datang untuk Hari Keluarga Telekom di Desa Water Park. Tempat rekeasi tu dekat je dengan kedai Wan, jadi kak Chaq pun datang terus le jenguk Wan. Dapat kenal anak-anak akak terutamanya yg teruna. Terima kasih kak! Walaupun sekejap Wan suka sangat! Luv u!
Tuesday, January 12, 2010
Sepetang di PDKM
Aku punya impian bukan khayalan,
Ingin bertamu di Kota Makkah,
Ingin bermujahadah di Madinah,
Juga tidak ketinggalan menadah tangan di Raudah,
Seperti Cik Lie PDKM di Hotel Al-safwah,
Inginku ada lagi…
Aku ingin Rabbku menerima seadanya diri,
Seada aku semampu aku,
Seadanya aku tidak sama adanya RasulMu,
Semampu aku yang sibuk selalu,
Pertemuan PDKM Ahad lalu memang ku tunggu,
Berdebar-debar ingin bertemu,
Bagaimanakah gelagat semua tetamu termasuk diriku?
Mula-mula sampai, Cikgu Mas menyambut senyumku ,
Dipeluknya aku, katanya tidak berubah seperti jugak dahulu,
Tapi ku kata CM dah berubah, bertambah besar dirimu cikgu!
CM senyum je dulu, dalam hati mana aku tahu,
Manusia kedua aku jumpa adalah si dia bertudung merah yang ayu,
CM tanya cuba teka siapakah dirimu?
Aku termalu-malu ada soalan cepu
Malu gak takut salah teka dirimu
Ku jawab Kak Zie, CM kata tidak, dirimu pulak malu
Mana tak malu, ku genggam tanganmu… lama tu!
Baru aku ingat,
Hah! Kak Noor!
Kan dirimu dlm senarai penyambut tetamu,
Malunye aku, apa punya ngoknye aku,
Lepas tu baru peluk tak jemu-jemu,
Manusia ketiga aku jumpa ialah Dik Hanis kuningnya baju,
Senyummu menjadi pujaan hatiku,
Kalau tak percaya carilah gambar yang tiada senyummu,
Kecuali satu, masa mengadu kat Bi mu sambil tangan tunjuk melulu
“Bi…. Tu…, Bi, Dia tu…” rengek manjamu,
Manusia keempat, Humaira punya Ummi, kawan blogku,
Kutanya CM, mana orang nya tu,
Bukan apa nak bagi kuih bakar yang Ummi order padaku,
Dah jumpa kalu, paham-paham le saudaraku,
Peluk cium macam dah kenal dolu-dolu,
Manusia kelima, orang yang paling kutunggu,
Lepas daftar aku tertunduk malu,
Mana tak malu, semua tetamu sudah menunggu,
Aku tetamu terakhir selepas Mamaju,
Aku tunduk pandang stokin hitam kaki ku,
Bila pandang ke depan terkezut rupanya Cik Lie ku,
Jejaka idaman Malaya berdiri berborak ngan Taj rakanku,
Depa tegak kat belakang kerusi biruku,
Eh! Cik Lie, kataku,
Cik Lie senyum padaku,
Nak kata apa lagi aku terpaku,
Pada kehenseman dirimu,
Yang sebenaqnya lidah ku kelu,
Dlm blog bolehlah merapu,
Bila mata bertemu, aku malu, Cik Lie pun malu,
Jangan kata tak malu Wahai Cik Lie ku,
Ku lihat dirimu pun tersipu-sipu,
Eh! Lagi aku merapu,
Sebenaqnya Cik Lie tidak begitu,
Lepas tegur Cik Lie ku,
Aku duduk buat-buat layan dua anak daraku,
Ketaq kakiku, takut Cik Lie cikucak padaku,
Hah! Sorang ni memang aku nak bertemu,
Jejaka pink kugelar dirimu,
Oh! Rupanya tak lah besar sgt org mu,
Suka bercakap rupanya cik adikku,
Lepas tu byk lagi tetamu,
Eh! Tersilap pulak aku,
Orang pertama yg aku jumpa adalah MAMAJU!
Baru sampai, hubby ku pegang kotak besar kek Cik Lieku,
Aku pulak usung kotak kek isi tepung pelita dan coq badak kegemaran IP dan Datin Asnijaku,
Tiba-tiba nak turun tangga, ada orang sapa diriku,
Wan Rusyaini ke tu?
Aku terpinga-pinga, alamak siapa pulak kat situ?
“Ni Mamaju!” kata dirimu,
Aaaaa…. Mamaju!
Aku terkejut menjerit, tak sangka you!
Baru ku tahu rupa parasmu,
Sebenaqnya ramai lagi yang kutemu,
Dok kerusi sebelah, Ainharny dari Melaka,
Ummiazzuddin tinggi lampai,
Dia kata… “rupanya kecik orangnye”
Mengata akulah tuh! Akak pun sama, hehehehe... tulang macam aku,
Lepas tu nampak jejaka berbaju kuning hensem tu,
Oh! Ayah Zain tetamu,
Dok kerusi depan bersama semua jejaka melayu,
Aku nak tegur, ada itu malu, juga takut kena gossip kat mamarazziku,
Mana taknya, seorang aku dikerumun semua jejaka tuh!
Kak Sonata pulak bagi keychain sebagai saguhati, tapi kalau nak, kena beratur atas stage dulu,
Syok gak akak buat kita macam anak muridmu,
Mana taknya kak Sonata kan Guru Penolong Kanan atau GPK tuh!
Tapi bukan GPK satu lagi tu,
Yang mana satu?
Alah! Geng Perempuan Kaya tuh!
Asal nama tak tahulah,
Diorang ni bikin gamat ini bloglah,
Itu CM, Datin Asnija, Hanis dan sapa lagi arrr….
La! Sudah panjang sgt daa…,
Kang semua malas nak scroll down lama-lama,
Nak sebut ramai… jari dah lenguh, otak dah lemah,
Tapi ada lagi yang ku jumpa,
S, Shami2, kak Sidah sponsor coklat sedap, Atikah, Sinomosa,
Juga En Rosli, Kamato, Yem…nombor berapa ntah aku lupa,
Yang penting Ayahanda….
Ayahanda tanya apa ye, aku tak dengar apa,
Yang terdengar tepung pelita,
Aku kata kuih Limas,
Muka Ayahanda terpinga-pinga,
Eh! Kenapa? Aku salah jawab ke? Aku main jawab je,
Tak faham soalan apa ayahanda tanya,
Nak tahu kenapa?
Sebab Ayahanda cakap beralus sangat,
Suara antara dengar tak dengar je,
Aku je yang terkinja-kinja
Eh! Ayahanda!
Buat macam ayahanda sendiri terus sapa,
Aku suka tulisannya.
Kak Raihanah, kakak IP pun jumpa jugak,
Tapi aku cuma pandang mukanya dan dia pandang muka ku,
Tak tahu pulak kak Raihanah, kakak IP yg jauh nun,
Sebab aku tengok muka kakak tu serius, takut pulak hatiku,
Jumpa sapa lagi ye?
Oh! Baru ingat, si anak teruna songkok tinggi ya amat,
Siap dengan tongkat-tongkat kamera nye,
Hush! Beria sakan si dia,
Nak abadikan gambar jadi kenangan,
Aku kenal Musafir Islam pun lepas jamuan makan tu,
Dalam sembang-sembang di blog Cik Lie yang kelas tu,
Hish! Ramai lagi aku pun dah lupa,
Minta maaf sapa-sapa yang namanya tak ada,
Bukan sengaja, tapi aku ni agak pelupa,
Tak pe lah, nanti lagi kita jumpa,
Entah bila, entah di mana,
Adakah mungkin sejarah berulang?
Mungkin ini yang terakhir,
Manalah tahu lain kali mungkin aku dah tak ada,
Bertemu juga tapi dengan Rabbku Yang Esa,
Ampun maaf ku pinta,
Andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara,
Aku ini hambaNya yang biasa,
Mungkin ada yang tidak suka,
Hasratku hanya satu, ingin punya teman yang mengingatkan aku padaNya,
Hidup kita tidak lama,
Ampunkan aku untuk segala.
Nukilan ikhlas,
Wan Rusyaini Wan Mohd

Sunday, January 10, 2010
Thursday, January 7, 2010
Harapanku hanya padaMu...
Allah Taala berfirman dalam surah Ghafir (40):44-45 yang bermaksud,
“Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Ssesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya. Maka Allah memeliharanya dari kejahatan tipu daya mereka.”
Diri seorang aku merenung, mengamati perjalanan hidup ini. Liku-liku hidupku tidak sama seperti rakan seperjuangan lain. Kami sama-sama meniti ke menara gading dan berubah mengikut haluan masing-masing. Sesetengah mereka, seakan-akan nampak mudah denai kehidupannya. Belajar, kerja dan perolehi apa sahaja. Sekali pandang nampak bahagia.
Aku bahagia juga malah ketenangan seringkali menjengah sekalipun ribut melanda. Hidupku tidak semudah teman-teman sekuliah. Namun, aku tidak pula merasa susah. Aku tahu dugaan ini Allah hamparkan untuk menjadi benteng kekuatan diri. Hari ini pasti berlalu jua menjadi cerita semalam. Akan datang perlu ditempuh untuk menjadi kisah hari ini dan sejarah untuk semalam. Aku serahkan jiwa ku, urusanku hanya kepadaNya. Dia yang menghamparkan semua ini untukku dan hanya Dialah jua yang bisa menyelesaikannya. Aku bersemangat dan menganggap ini sebagai satu cabaran untuk disahut.
Aku hanya akan berusaha dan terus berusaha. Pasti bahagia ada di sana. Aku letakkan sepenuh pengharapan kepada Rabb-ku yang satu.
“Ya, Habibi, tuntunilah aku, pandulah hidupku. Hanya kepadaMu jiwaku bersatu. Andai kepayahan ini mendekatkan ku kepada MU, teruskanlah menyayangiku, wahai Kekasih hatiku”
Aku berharap dan terus berharap. Kuamati lagi kisah dari RasulMu,
“Dari Abu Hurairah, dari Nabi saw, beliau bersabda, “Allah berfirman, ‘Aku menurut sangkaan hambaKu kepada-Ku, Aku senantiasa bersamanya selama ia mengingat-Ku. Demi Allah, Allah lebih senang menerima taubat hamba-Nya melebihi senangnya seorang di antara kalian yang menemukan kembali barangnya yang telah hilang di tengah padang pasir. Barangsiapa yang mendekat kepada-Ku sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta; siapa saja yang mendekat kepadaKu sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa, dan apabila ia datang kepadaku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari.” (HR Bukhari dan Muslim)
Aku yakin Ya, Tuhanku, Engkau akan memimpin tanganku untuk menuju bahagia suatu hari nanti. Seandainya tiada jua kuperolehi selama permukiman di sini, aku redha. Mungkin ada bahagian untukku di sana.
“Dari jabir bin Abdullah ra, ia berkata: saya mendengar Nabi saw bersabda sebelum tiga hari menjelang kematiannya, “Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu meninggal dunia, kecuali ia berbaik sangka kepada Allah swt” (HR Muslim)
Sangkaku hanya satu, aku hambaMu, Engkau berhak segalanya terhadapku. Bimbinglah daku.
Dalam mengharungi semua haru-biru, aku punya ramai teman yang sudi mendengar. Walau sekadar pendengar setia, aku rasa cukup bahagia. Paling tidak, aku mampu bercerita lagi dan lagi. Teman ku yang setia tidak pernah mengeluh kesah menadah untuk menerima kisah duka. Itu lumrah katanya. Walau aku bukan sesiapa padanya, tidak juga punya apa-apa makna tapi bagiku dia pemberi semangat baru. Mungkin baginya aku adalah satu lagi rakan baru yang menambah koleksi seleksi, tidak mengapa…. Asalkan kehadirannya mampu membuka mataku melihat dunia dari perspektif berbeza dalam perjalanan mengharapkan keredhaaNya.
Harapanku hanya padaMu….

Subscribe to:
Posts (Atom)