Tuesday, February 23, 2010


Selama beberapa minggu ni hidup Wan dihujani dgn kek. Wan rasa anak-anak rindu betul dgn pelukan Wan, jadi lepas buat kek utk tempahan pelanggan, Wan pun buatkan sebiji kek sponge kecil dan bagi depa decorate. Mula-mula Nurin (anak ke-2) sebab dia memang minat betul nak buat kek. Lepas tu Wan suruh anak sulung (lelaki) paipkan cream utk buat rumput pd kek. "Ibu! Ibu! Ain pulak bu! Nak nak buat!, kata yg bongsu". Wan rasa seronok dapat spend masa dgn anak-anak walaupun kaki rasanya dah tak boleh nak berdiri, letih sangat. "Maafkan Ibu, ye anak-anak Ibu! Ibu tak sempat nak main-main dengan semua. Ibu sibuk sangat! Nanti malam Ibu tepuk ye!" Love u all! MUAHHHH!!!!

Ni lah rupa kedai Wan yg bersepah-sepah demi utk menyiapkan cupcakes sebanyak 1250 biji yg ditempah pelanggan, Naza utk majlis perkahwinannya. Siang dan malam selama 2 hari hidupku dikelilingi kek cawan ini. Hari sebelumnya Wan demam, jadi tengah malam baru boleh buat kek. Esoknya sambung lagi kerja dr 8 pagi hingga 11 pagi keesokannya. 1 hari 1 malam tak tidur. Utk menghilangkan rasa mengantuk Wan buat lawak sambil borak-borak dgn suami. Bila dah habis topik, nyanyi bodo-bodo sambil disambung suami. Bila suami Wan start nyanyi, baru tercelik mata Wan, yang kuyu menjadi luas-seluasnya sebab dia nyanyi sungguhhh....ssungguhhh.. TAK SEDAP! Sakit perut Wan ketawa. Lari habis tempo.Lirik macam pernah dengar tapi kenapa lagunya lain macam je bunyi. Ntah apa-apa la suami ku ni!

Friday, February 19, 2010

HAPPY 10th ANNIVERSARY TO ME & MY BELOVED HUBBY!

Hari ini, 19 Februari 2010 merupakan tarikh perkahwinan kami yang ke-10. Alhamdulillah, sudah mencecah dua angka lamanya, dan kami sekeluarga sangat bahagia.

Sebenarnya Wan tak ingat langsung tarikh ni. Tahun-tahun sebelumnya juga begitu. Agaknya Wan ni kurang ciri-ciri perempuan sejati kot. Hehehehe.... Tadi suami Wan ingatkan Wan dan Wan pun spontan berkata, "Ooooo.... ye ke? Sori lupa.." Mana taknya inilah minggu yang paling sibuk bulan ni. Sebenarnya Wan tengah sibuk membuat kek kahwin 3 tingkat untuk tempahan esok. Dalam kalut-kalut buat kek, suami ajak makan luar, katanya nak belanja Wan. "Terima kasih, bang!"

Adunan kek yang perlu dihabiskan malam ini jugak. Alhamdulillah....


Nilah kek-kek yang perlu dikukus. Hadiah perkahwinanku kali ini adalah kerja yang berlambak-lambak.

Dalam perjalanan ke tempat makan, terserempak pulak dengan singa-singa ni, jadi Wan sekelurga berhenti sekejap. Anak-anak Wan pun suka tengok singa-singa ni menari sambil diiringi gendang besar. Singa-singa ni dibawa untuk sambutan Tahun Baru Cina ke salah sebuah restoran di situ.


Wan amat berterima kasih kepada suami yang telah mengangkat status Wan daripada anak dara menjadi seorang ibu kepada tiga cahayamata yang insyallah soleh hingga ke akhir hayat. Tiada kata seindah bahasa untuk ku lafazkan pada mu, wahai suami ku dunia dan akhirat, "syukran jazilan kathiro".

Hanya padamu kucurahkan segala rasa. Dirimu menerima tingkahlakuku dengan hati yang terbuka. Menerima aku seadanya. Menerima aku yang kurang segalanya. Walaupun diri ini kadang-kala nakal hingga membuatkan mu pening kepala, namun mengertilah betapa aku amat menyayangimu.

"Terima kasih kerana mendidikku mengenal Pencipta dan mengajar aku erti kesabaran".

Saturday, February 13, 2010

Perihal Si Bawang



Bawang adalah sejenis bahan masakan penting yang digunakan setiap hari. Tanpa bawang, hampir semua jenis masakan akan menjadi kurang sedap. Kalau anda mahukan rasa sup yang lebih enak, bawang goreng menjadi penambah perisa hebat.

Bawang goreng yang sedap hanya diperolehi setelah ia dihiris-hiris nipis kemudian digoreng garing. Namun sebelum itu, bawang merah atau bawang besar perlu dikupas terlebih dahulu.

Persoalannya, siapakah yang suka mengupas bawang besar atau merah? Rata-rata mengatakan tidak untuk proses mengupas bawang terutamanya di restoran, hotel dan gerai-gerai makan yang perlu dikupas dalam kuantiti banyak.

Kenapa? Tentunya masing-masing tidak tahan dengan percikan air bawang yang masuk ke dalam mata apabila ia dikupas. Akibatnya, terjadilah drama ‘tangis-menangis’ di dapur. Mungkin pada saudari, ibu-ibu dan bapa-bapa, masalah pedih mata akibat mengupas bawang bukanlah masalah besar, tetapi bagi saya yang perlu mengupas bawang berguni-guni pada satu-satu masa, ia merupakan satu beban. Silap-silap, orang ingat saya sedang di dalam kesedihan. Mana tidaknya, penangan bawang ini akan menyebabkan airmata mengalir laju, hidung, mata menjadi merah dan bengkak.

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman selama hampir empat tahun mengendalikan perusahaan makanan sejukbeku yang banyak menggunakan bawang terutamanya untuk proses membuat inti kuih seperti karipap, samosa dan seumpamanya.

Setelah kajian demi kajian saya lakukan untuk menangani masalah pedih mata, rahsia atau petuanya cukup mudah.

Pertama:

Pastikan anda mengupas bawang pada waktu pagi di antara pukul 6 hingga 9 pagi bergantung kepada keadaan cuaca ketika itu. Seandainya matahari sudah muncul terik pada pukul 9 pagi, anda disarankan untuk tidak lagi mengupas bawang.

Namun seandainya hari tersebut mendung dan tiada matahari terik atau adanya hujan, anda bolehlah mengupas bawang besar sepanjang hari dengan senyum yang meleret sambil bernyanyi riang..

Kedua:

Pastikan anda tidak menggunakan dapur untuk memasak hatta menjerang air menggunakan pemanas air ketika proses mengupas bawang. Pastikan rice cooker anda tidak digunakan ketika itu. Pendek kata, jangan menghidupkan sebarang peralatan yang menghasilkan haba di dapur walaupun pemanas roti. Ini bermakna aktiviti pertama pada hari tersebut adalah mengupas bawang dan bukannya memasak walaupun 1 jam awal sebelum mengupas bawang.

Ketiga:

Waktu malam tidak disarankan untuk mengupas bawang kerana pada ketika itu haba yang diserap oleh dinding rumah akan dibebaskan pada waktu malam ketika cuaca di luar rumah sejuk. Jadi dinding rumah akan mengeluarkan haba dan suhu di dalam rumah akan menjadi sedikit panas.

Air pada bawang akan aktif mengeluarkan percikan apabila cuaca sekeliling panas. Seandainya ada hujan pada waktu malam, proses mengupas bawang boleh terus dilakukan kerana ketika ini mata kita tidak akan menjadi pedih kerana cuaca sekeliling sejuk.

Keempat:

Potong bawang dalam keadaan air paip dibuka. Seandainya anda mahu menghiris atau memotong bawang pastikan papan pemotong diletakkan di atas sinki sambil air paip mengalir keluar. Air paip tidak semestinya dibuka deras, cukuplah sekadar menyejukkan keadaan di situ.

Tapi kalau bab membazirkan air ni, kak Umiazuddin betul-betul tidak setuju dengan cadangan saya. Dia tu pejuang alam sekitar, kalau tak percaya cuba baca artikel kak Umiazudddin yang bertajuk cara-cara memelihara alam sekitar. Hehehe… maaf kak, daku terpaksa bukak jugak air tu, nanti kang menangis tak tentu pasal angkara bawang!

Kelima:

Buka kipas mengadap sisi badan. Eloknya kipas diletakkan di belakang sikit pada bahu kita. Maksudnya, apabila kipas berpusing, anginnya akan menghalakan air percikan ke arah lain dan bukan ke dalam mata kita.

Cara ini boleh digunakan seandainya kaedah memanipulasikan cuaca tidak dapat dilakukan.

Namun begitu, kaedah-kaedah di atas amat berguna kepada mereka yang tidak tahan dengan pedih mata akibat mengupas bawang. Ada juga mereka yang kebal contohnya jiran saya. Setakat sebesen bawang relaks je dia.

Selamat Mencuba! Katakan tidak kepada masalah pedih mata!

Saturday, February 6, 2010


Petang ni tiba-tiba Wan teringin nak makan pisang bakar. Pisang bakar ni Wan teringat masa kecik-kecik dulu, ayah Wan selalu buat macam ni bila hari minggu. Bakar waktu pagi selepas ayah dan mak Wan balik pasar. Ayah Wan dulu polis hutan, jadi cara masak sebegini antara cara untuk survival di hutan. Cubalah buat. Rasa dia sungguh sedap. Tapi kena pilih pisang yg agak masam sikit. Tapi Wan tak tahu nama pisang tu. Jadi Wan taram je ambik pisang yg ada dijual kat kedai.

Inilah hasil pisang yang telah dibakar. Rasa hangit-hangit isi pisang meninggalkan aroma yang menyelerakan. Tang garing tu yang sedap!

Tuesday, February 2, 2010

JUMPA CL SEBELUM BERANGKAT KE MEKAH


Wan janji nak jumpa Cik Lie di Jusco Taman Keramat AU2 pada 2 Feb 2010 lebih kurang jam 8.30 malam. Wan betul-betul nak borak ngan CL sebab 1st time jumpa masa gath malu sangat. Malam tadi puas hati dapat borak ngan CL. Wan turut kirimkan doa pada CL minta dipermudahkan urusan Wan ke Mekah masa muda-muda (perasan!) ni. Anak sulung bagi surat pada CL, Tu envelope dia punya la tuh! Dia pun ada wish jugak. Dia tu peminat senyap tegar CL.

Lepas jumpa Cik Lie, adik Wan (Adik Nor) suruh Wan berdiri depan air lompat-lompat ni. Dia nak ambil gambar kakak sulungnya ni. Wan pun ikut je la, malu gak sebab kat depan kita tu ramai orang duduk kat situ sambil pandang-pandang model sorang ni.

Nurin (t-shirt putih merah) dan Ain mintak Wan ambilkan gambar di MidValley sempena sambutan Tahun Baru Cina. Diorang ni suka tengok deco yang menarik ni.

Adlan nak bergambar kat lampu ni. Apa sebabnya tak tahulah. Selalunya dia mesti nak lain dari yang lain.