Hari ini, 19 Februari 2010 merupakan tarikh perkahwinan kami yang ke-10. Alhamdulillah, sudah mencecah dua angka lamanya, dan kami sekeluarga sangat bahagia.
Sebenarnya Wan tak ingat langsung tarikh ni. Tahun-tahun sebelumnya juga begitu. Agaknya Wan ni kurang ciri-ciri perempuan sejati kot. Hehehehe.... Tadi suami Wan ingatkan Wan dan Wan pun spontan berkata, "Ooooo.... ye ke? Sori lupa.." Mana taknya inilah minggu yang paling sibuk bulan ni. Sebenarnya Wan tengah sibuk membuat kek kahwin 3 tingkat untuk tempahan esok. Dalam kalut-kalut buat kek, suami ajak makan luar, katanya nak belanja Wan. "Terima kasih, bang!"
Adunan kek yang perlu dihabiskan malam ini jugak. Alhamdulillah....
Nilah kek-kek yang perlu dikukus. Hadiah perkahwinanku kali ini adalah kerja yang berlambak-lambak.
Dalam perjalanan ke tempat makan, terserempak pulak dengan singa-singa ni, jadi Wan sekelurga berhenti sekejap. Anak-anak Wan pun suka tengok singa-singa ni menari sambil diiringi gendang besar. Singa-singa ni dibawa untuk sambutan Tahun Baru Cina ke salah sebuah restoran di situ.
Wan amat berterima kasih kepada suami yang telah mengangkat status Wan daripada anak dara menjadi seorang ibu kepada tiga cahayamata yang insyallah soleh hingga ke akhir hayat. Tiada kata seindah bahasa untuk ku lafazkan pada mu, wahai suami ku dunia dan akhirat, "syukran jazilan kathiro".
Hanya padamu kucurahkan segala rasa. Dirimu menerima tingkahlakuku dengan hati yang terbuka. Menerima aku seadanya. Menerima aku yang kurang segalanya. Walaupun diri ini kadang-kala nakal hingga membuatkan mu pening kepala, namun mengertilah betapa aku amat menyayangimu.
"Terima kasih kerana mendidikku mengenal Pencipta dan mengajar aku erti kesabaran".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam kak wan
ReplyDeletealhamdulillah 10 thun termeterai sudah rupanya.Muga dilimpahi dengan rahmat dan kasih syng yg berterusan buat kak Wan & hubby dan family.
Betapa bahagia bila tambatan agama dan redza menjadi jambtan sebuah kerukunan bainati jannati..
semuga bahagia..
amin
Salam anakanda
ReplyDeleteSelamat menyambut ulangtahun perkahwinan ke 10.Diam tak diam ...masa berlalu dan kita pun tambah dewasa dan tambah pengalaman hidup.
Terharunya baca mesej dari anakanda untuk suami.Moga terus jadi isteri solehah dan usahawan berjaya.
salam dik Wan..
ReplyDeletedah 10 thn rupanya adik kak chaq ni hidup sebagai seorang isteri solehah . tahniah kerana berjaya lalui kehidupan berumahtangga hingga ke angka tu , semoga bahagia selalu disamping keluarga tercinta.
jgn nakal2 ye , dengar ckp suami tau . he he he mcm mak nenek plak kak chaq nih.
Salaam Wan,
ReplyDeleteselamat aniveseri ke-10 buat Wan dan suami. Semoga keluarga Wan dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah dan berkekalan dalam kasih sayang hingga ke syurga. Amin. :)
VpeaceV
Salam Ainhany,
ReplyDeleteTerima kasih atas ucapan tu. Tu la, Pejam celik-pejam celik rupanye dah lama juga kami bersama. Alhamdulillah. Ain bila lagi? Cepat-cepat la, kak Wan doakan Ain mendapat suami yang soleh yg selalu mendoakan diri kita dan keluarga.
Salam Mamaju,
ReplyDeleteSyukran. Wan ni baru 10 tahun, Mama lagi lama. Wan respect mamaju kerana berjaya hingga ke tahap sekarang. Terima kasih juga atas doa mama tu. Insyallah Wan akan berusaha utk menjadi isteri solehah hingga akhir hayat.
Salam Kak Chaq,
ReplyDeleteWan pun tak sangka jugak dah sampai no 10 tu. Terima kasih atas doa kak Chaq.
Insyallah Wan tak nak nakal-nakal lagi!
Salam Umiazuddin,
ReplyDeleteAmboi! Lama tak dengar berita dr akak. Pegi panjat gunung everest ke?
Terima kasih atas ucapan dan doa dr akak. Wan pun doakan akak sekeluarga bahagia dunia akhirat. Amin.