Friday, June 4, 2010

Pengalaman Di penjarakan Dunia


Affan berangkat ke Yaman dengan satu matlamat. Kami di sini mendoakan seluruh kejayaan buat dirinya. Semasa melihat untuk kali terakhir Affan ketika hendak berangkat dulu, air mata Wan hampir menitis tetapi dikuatkan hati, "Tolong jangan menangis! Affan pergi menuntut ilmu. Lepaskanlah!" Sedih sebab kami sepupu terlalu rapat. Dulu masa kecil, Wan yang jaga dia bila berkunjung ke rumah Ayah Chik (pakcik). Mandi kan Affan, suapkan dia makan, basuhkan dia selepas masuk ke tandas. Bak kata orang dia macam adik sendiri.

Bial dapat berita Affan ditahan di penjara Yaman, hati Wan bagai nak luruh. Dia ditahan kerana disangka pengintip sedangkan hanya berkunjung ke kampung rakannya berbangsa Arab. Affan sekadar mengambil gambar pemmandangan yang cantik di sana. Pada tengah malam, dia ditutup mata dan terus di gari. Lepas solat, Wan berdoa panjang sambil menangis tersesak-esak.

"Ya, Tuhan ku Yang Maha Pengasih dan Penyayang, berikanlah kekuatan iman kepada Affan. Teguhkan imannya. lapangkanlah dadanya menghadapi dugaaanMu ini. Permudahkanlah urusan nya Ya Allah, Permudahkanlah! Amin" Wan terus menangis tanpa henti untuk hampir setengah jam. Di dalam benak ni bermain segala macam tanggapan. Kena seksa ke Affan. Mesti Affan sakit. Mesti Affan menangis. Mesti Affan rindu pada kami semua.

Wan lantas menghubungi Cik Lie PDKM minta didoakan Affan depan Kaabah. Cik Lie terima kasih di atas doamu itu.

Hati Wan tertalu sayu sepanjang seminggu menerima berita mengejutkan ini. Teringat je Sffan, Wan mennagis. Tersebut je nama Affan, Wan akan menangis teresak-esak macam budak kecil. Tengah buat kerja pun boleh menangis bila teringatkan Affan. Takut betul kalau apa-apa terjadi pada Affan. Org kata tahanan di situ diseksa teruk.

Tiba-tiba Cik Ya (mama Affan) hantar sms kata Affan akan Ayah Chik dah bercakap dengan Affan dan dia kaan dibebsakan seminggu lagi. Wan tunggu. Kami sekeluarga sabar menunggu. Dapat lagi sms dr Cik Ya, kata Affan ditahan untuk seminggu lagi utk tujuan prosedur. "Oh! Ya, Allah, permudahkanlah urusan dia Ya Habibi!" Wan menagis lagi.

Akhirnya, hari Khamis lebih kurang pukul 6 petang Affan tiba di KLIA. Balik dengan berjubah kelabu, Affan terus meluru pada Cik Ya dan mereka berpelukan agak lama sambil menangis. Wan tengok rakaman ni, turut menangis. Dapat bayangkan bagaimana perasaan seorang ibu menanti penuh pengharapan kepulangan anaknya dengan selamat. Cik Ya jangan cakaplah, seminggu tak dapat tidur. Buat kerja pun rasa nak menangis, tapi ditahan perasaan tu.

Alhamdulillah, Affan telah selamat. Moga Allah berikan satu sinar baru dalam hidup Affan. Pengalaman ini menambahkan lagi keimanannya pada keagungan Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Affan adalah insan terpilih....


Inilah roti dalam penjara yang dimakan Affan sebulan. Keras. Makan ni seminggu tak dapat buang air besar. Cicah dengan air paip.

Saturday, May 22, 2010

Ain Hari Potensi


Ain (yang sedang duduk mendagu). Ni anak bongsu yang amat sensitif. Sebenarnya dia malu tu sebab tu dia buat muka macam tu. Malu kat Wan sebab ambik gambar dia.

Hari Potensi peringkat Wilayah.

Friday, April 16, 2010

Saat-saat Wan hampir menitiskan airmata!


"Ibu, ni untuk ibu!"kata Nurin. Wan tergamam sebentar. Terima kasih, Nurin! Kenapa ni? Nurin senyum je. Wan terpinga-pinga. Aduh! sayunya rasa!

Inilah bunga carnation plastik yang dihadiahkan Nurin pada Wan. Nurin beli dengan duit belanja harian di kedai buku sekolah.

Balik je dari sekolah, Nurin cepat-cepat letakkan beg, pergi kedai beli sekeping kertas warna biru. Wan kerling-kerling jugak tapi tak pasti apa yang dibuat Nurin tu. Wan nampak dia gunting-gunting dan entah apa lagi. Wan tak tanya sebab ingat dia buat kerja sekolah. Lebih kurang pukul 6 petang, Nurin bagi kad tu pada Wan."Apa ni Nurin?" tanya Wan. "Ibu tengoklah!"jawab Nurin. Wan pun buka kad tu, dan rasa amat terkejut. Rasa sayu tiba-tiba je datang. Tak sangka anak yang kecil ni sudah tahu menghargai diriku dan suami. Rasa nak menangis je, dalam hati Tuhan saja yang tahu. Wan peluk Nurin sambil berkata, "Terima kasih, Nurin!" Nurin senyum je. "Kenapa Nurin buat kad ni untuk ibu?", tanya ku. "Nurin sayang ibu!" terus dia letakkan kepalanya di dada Wan sambil memeluk dengan lebih kuat. "Ibu pun sayang Nurin!" balas Wan sambil mencium pipinya dan terus memeluknya lama. Tak pernah Wan rasa pengalaman dihargai sebegini. Terima kasih, anak ibu semua!

Monday, April 5, 2010

Menjadi Isteri Yang Penuh Pesona?

Rasulullah saw pernah bersabda kepada bibi Husain nin Mihshan, “Perhatikanlah sikapmu terhadap suamimu, kerana ia adalah syurga dan nerakamu

Kita bagaimana?

Rasulullah saw juga pernah bersabda,

Isteri-isteri kalian yang termasuk penghuni syurga ialah yang penuh kasih sayang, banyak anak, suka kepada suaminya; jika ia marah kepada suaminya, ia akan datang kepadanya sambil meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata,’Aku tidak dapat memejamkan mataku hingga engkau redha’.” Hadith riwayat Al-Baghawi dalam As-Silsilah Ash Shahihah.

Alangkah indahnya hidup suami isteri yang rukun aman damai lagi penuh kasih sayang. Penuh kemaafan dan saling manja-memanjakan satu sama lain. Namun ramai antara isteri-isteri sejak dulu hingga kini lebih suka mementingkan diri sendiri. Tersalah bicara sikit, tersentuh hatinya sedikit, terus-terusan berlagak diva. Nak jugak suami datang memujuk. Betul ke tindakan ini selaras dengan anjuran Rasulullah saw? Kadang-kala sampai seminggu tidak bertegur sapa. Bila masuk tidur, terus paling muka ke dinding. Ada apa istimewanya dinding yang keras itu sehingga setia merenungnya sampai berminggu-minggu. Penting sangatkah perasaan kita sehingga menidakkan hak suami terhadap empunya diri?

Berapa ramaikah di antara isteri-isteri sejak dahulu dan kini memohon maaf terhadap suami sebelum masuk tidur setelah bermasam muka? Wahai isteri-isteri akhir zaman, reda dan padamkanlah api amarah dengan senyum manismu. Suburkanlah kasih-sayang yang kita cipta sendiri bersama-sama selama ini.


Alangkah bahagianya dapat merenung wajah manis suami yang bertungkus-lumus dan bekerja keras untuk mendapatkan kita suatu ketika dahulu. Sebagai seorang lelaki, mereka juga ada rasa malu yang menebal terutamanya bila tiba masa nak mengurat. Walaupun malu, digagahkan juga semata-mata untuk memiliki diri kita. Belum lagi cerita bab masa nak berjumpa ibu bapa kita dan ipar duai. Berdebar-debar sudah tentu. Mana tak berdebar, buatnya tak diterimanya dia. Tak ke malu? Malu seh! Itupun ditebalkan juga muka mengadap ibu bapa kita. Dialog? Tak payah cakaplah, mesti tak tidur malam memikirkan ayat-ayat yang nak diatur sebagai pemula bicara. “Makcik…. saya sukakan anak makcik…. kalau boleh saya nak berkahwin dengan dia.” Rasa-rasa…. Senang ke? Kalau saya sebagai perempuan ni, tak sanggup nak pikul tanggungjawab tu. Betullah lelaki ni hero segala-galanya pada perempuan! Bila lelaki dah bercakap macam tu pada ibu bapa, kita rasa sangat-sangat dihargai. Ibu bapa kita pun berbunga-bunga hati untuk menerima orang baru dalam keluarga.

Bila dah berkahwin, suami kita jadi lain macam excitednya. Rasa kita ni betul-betul di bawah jagaan dia. Kalau dulu, dia pun di bawah jagaan ibu bapa dia, sekarang dia pulak yang nak menjaga anak orang, perempuan pulak tu…. Hish! Kena jaga betul-betul ni! Jalan berpimpin, takut jatuh. Makan bersuap takut tak kenyang pulak anak dara orang ni. Tidur bertepuk takut tak lena. Bak kata orang diselimuti kita dengan penuh kasih sayang. Semuanya diuruskan dengan baik agar anak orang ni rasa bahagia. Itulah istimewanya menjadi isteri kepada seorang suami yang bertanggungjawab. Itu tanggungjawab suami.

Tanggungjawab kita sebagai isteri? Sedihnya ramai yang lupa tanggungjawab diri sendiri terhadap suami. Hanya tahu membebankan dan menyesakkan fikiran suami dengan segala macam permintaan yang tiada kesudahannya walaupun hampir tiba masa dua tiang dipacakkan ke tanah. Nauzubillah…..

Itu belum lagi bercerita tentang mulut-mulut power sang isteri. Suami yang bekerja keras setiap hari agar anak-anak dan isteri dapat makan setiap hari, dihamburkan pula dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Sudahlah seharian berpenat-lelah, di rumah pula mendengar leteran si isteri yang bermulut muncung. Belum lagi yang sentiasa melihat keburukan suami tanpa menoleh seketika melihat kasih-sayangnya pada kita.

Ramai juga para isteri di zaman ini yang menidakkan pemberian suami selama ini. Sabda Rasulullah saw kepada isteri-isteri sebegini:

Neraka diperlihatkan kepadaku, dan aku sama sekali belum pernah melihat pemandangan pada hari ini yang lebih mengerikan dari neraka. Dan kudapati sebahagian besar penghuninya adalah para wanita, kerana mereka kufur terhadap pemberian suami mereka. Jika kamu berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama setahun penuh, kemudian ia melihat sesuatu pada diri kalian, ia akan berkata, ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan darimu’.” Muttafaqun ‘alaih.

Aduh! Aduh! Isteri-isteri zaman sekarang! Insaflah! Syurga kita terletak pada redha suami. Tenangkanlah sanubarinya dengan kelembutan, kesopanan dan keprihatinan kita. Sematkanlah sentuhan penuh kasih sayang kita di jiwanya agar hidupnya tidak keruan tanpa kita. Suburkanlah roh Islam di dalam rumahtangga yang sama-sama kita cipta dalam mencari erti bahagia sementara di sini ke arah menuju sejahtera di sana yang kekal selamanya.

Saidatina Aisyah ra pernah berkata, “Wahai kaum wanita, seandainya kalian mengetahui hak-hak suami atas diri kalian, nescaya salah seorang dari kalian akan mengusap debu dari kedua kaki suaminya dengan pipinya.” HR Ibnu Majah, Shahih At-Targhib wa At- Tarhib.

Begitulah besarnya hak dan kedudukan suami dalam hidup kita seharian. Sebagai seorang isteri, kita perlu sentiasa berfikiran terbuka dan sedaya-upaya cuba mencambahkan minda serta mencari jalan untuk membahagiakan hati suami dan berkejar-kejar untuk mendapatkan keredhaanya.

Persoalannya, apakah hak-hak suami terhadap kita selaku isterinya? Jarang kita bertanya pada diri sendiri tentang keperluan suami pada diri kita. Apakah yang dia dambakan daripada kita sebagai isteri yang masih setia bersamanya? Mungkin di sini boleh saya gariskan beberapa tips atau hak seorang suami yang diperlukan daripada diri kita sebagai isteri.

PERTAMA:
TAATLAH DIRINYA DALAM PERKARA KEBAIKAN!
Taat dalam kebaikan ini bermaksud kita taat dalam perkara yang suami suka dan benci. Seandainya suami kurang gemar kita bercampur gaul dengan rakan-rakan wanita di rumah, maka taatlah dan berusaha meletakkan jurang dalam pergaulan dengan memberikan pelbagai alasan. Jadi ketepikan dahulu selera dan citarasa kita semata-mata agar suami bahagia.

Begitu juga dengan soal berpakaian. Tanya dahulu pendapat suami tentang pakaian yang akan kita pakai seharian sama ada di rumah mahupun di luar. Seandainya suami tidak redha walaupun pakaian tersebut merupakan kegemaran atau kebanggaan, tolaklah ketepi. Seandainya kita telah mengenakan pakaian tersebut, kuatkanlah semangat untuk menanggalkannya demi suami.

Lakukanlah semata-mata kerananya demi syurga yang kita kejar.

KEDUA:
BERSABAR!

Tatkala marah, tenangkan suami dengan kata-kata lembut, senyum dan merendah diri. Setidak-tidaknya diamkan diri dahulu, berikan peluang dia meluahkan perasaannya. Tidak salah meminta maaf walaupun kita di pihak yang bersalah ataupun tidak. Kalau dia bersuara, bermakna ada sesuatu yang tidak menyenangkan perasaannya. Jadi, mahu tidak mahu, tentu ada salah di pihak kita. Dalam sebarang pertikaian, tidak penting soal menang dan kalah kerana kita melayari bahtera ini bersama-sama, jadi perlukah soal ego diletakkan di hadapan? Yang penting bagaimana cara kita berusaha untuk mengembalikan keamanan dalam diri masing-masing.

Cuba sedaya-upaya tidak ambil serius kata-kata yang mengguris perasaan kita. Buangkan jauh-jauh bisikan syaitan yang cuba menyemarakkan api kemarahan suami isteri. Makhluk yang dilaknat itu memang suka andai kita suami isteri berpecah-belah. Padamkanlah amarahmu dengan zikir. Tidak salah melawak dan tersenyum-senyum kambing sambil memeluk tari dengan suami. Lama-kelamaan marahnya akan reda.

Tanamkan dalam diri bahawa walaupun berselisih pendapat dan tidak sehaluan dalam sesetengah perkara, kita tidak akan membiarkan masalah itu berlarutan. Cuba bertekad bahawa seminit selepas pertikaian berlaku, kita akan menggenggam erat tangan suami dan berusaha mengembalikan denyutan jantung yang berdegup kencang tadi kepada helaan nafas satu per satu yang tenang. Akhirnya kita berdua akan merasai bahagianya bersama-sama.

KETIGA:
BIJAK KENDALIKAN KONFLIK

Tips utama adalah rahsiakan perselisihanyang berlaku. Kita yang mencipta masalah, kita jugalah yang perlu menyelesaikannya dengan bijak. Kita yang mendirikan rumahtangga ini, kita lah yang akan memastikan ianya terus kekal hingga ke syurga. Bentengkan diri dengan ilmu dan fikiran yang waras. Elakkan campurtangan ibu, mak mertua, ipar duai dan seumpamanya. Pekakkan telinga dengan pendapat yang mungkin akan memisahkan kita dengan suami. Perhatikan dalam-dalam bola mata suami, insyallah kita akan ketemu bahagia di sana. Dialah orang yang kita cintai ketika lafaz akad meniti manis dari bibirnya dahulu.

Kedua, lihat kelemahan diri sendiri dahulu sebelum tangan menundingkannya ke arah suami kita. Perlu dijngat bahawa suami adalah pemimpin, dan dia tahu peranannya sungguhpun tidak diluahkan dengan kata-katan. Pokok utama rumahtangga adalah iman kepada Rabb dengan penyerahan sepenuhnya. Walau segunung konflik yang melanda sekalipun, andai ada tawakkal yang penuh kepada Allah, nescaya hilanglah semua itu bagai angin lalu.

Ketiga, tenang, perlahan-lahan dan bijaksana ketika timbul sebarang konflik. Cuba jangan buat sebarang keputusan secara mendadak atau mengikut perasaan atau dengan kata kasarnya membabi buta. Berikan masa untuk masing-masing mengoreksi diri, buang ketepi kelemahan pasangan dan carigali serta angkat kehebatannya sebagai pasangan kita. Lama-kelamaan perasaan benci akan lenyap dan lahir sayang yang berpanjangan demi mencari keredhaan suami dan Allah.

Saya rasa cukup dahulu setakat ini bicara permulaan minggu yang insyallah menjanjikan kebahagiaan buat semua pasangan di dunia ini. Saya akan kembali lagi dengan 15 tips untuk meraih redha suami yang merupakan satu perjuangan kita sebagai isteri dalam melayari bahtera rumahtangga bersama-sama. Dialah harta kita, dialah kebahagiaan kita, dan dialah syurga kita. Insyallah…..

HARI MINGGU YANG MENYERONOKKAN!


Sabtu, 3 April 2010 baru-baru, Wan telah menyertai pertandingan memasak puding anjuran KEMAS kawasan Seputeh.Wan peserta dgn no penyertaan ke-4. Ada dua kategori masakan iaitu kerabu dan puding. Kalau kerabu-kerabu ni memang Wan tak pandai langsung. Wan masuk pertandingan pada saat-saat akhir iaitu sehari sebelumnya. Biasanya sebarang keputusan untuk buat sesuatu atau pergi ke mana-mana, Wan akan lakukan sehari sebelum. Nak janji dengan orang pun tak sedap hati sebab tempahan kuih Wan kadang-kadang tu datang tengah-tengah malam pun ada. Jadi, pilihan terbaik adalah keputusan saat-saat akhir. Nak buat macamana, beginilah hidup orang yang masuk dalam dunia perniagaan ni. Orang lain mungkin boleh goyang kaki bila hari minggu, tapi bagi Wan setiap masa adalah berniaga. Susah nak menolak permintaan orang. Kadang-kadang bukan duit sangat yang kita kejar, tetapi memenuhi permintaan orang yang lebih Wan utamakan terutamanya pelanggan tetap. Wan sayang pelanggan semua kerana merekalah yang telah memberikan sokongan selama ini.

Dalam sibuk-sibuk berniaga ni, apabila sekali-sekala ada aktiviti yang mampu menjana minda, Wan akan sertai. Jadi selepas Subuh, dalam jam tujuh, Wan pun mulalah berperang dengan senduk dan segala bagai peralatan. Tengah-tengah kacau suji, tiba-tiba Wan tertanya sendiri, “Eh! Nak kacau sampai bila ni? Bila dah gelegak, kena kacau berapa lama lagi? Alamak! Lupalah!” Maklumlah resepi ni dah lama Wan tak buat. Tapi tawakkal je lah, lepas dah gelegak lama sikit, Wan pun tuang dalam gelas kaca. Tapi rasa tak puas hati. Wan pun telefon mak mertua, nak tanya pasal masak suji ni. Dulu resepi ni, wan jugak yang bagi pada mak mertua. Rupa-rupanya tuan yang bagi resepi pulak dah lupa. Mak mertua Wan pun terangkan pada Wan dengan panjang lebarnya. “Ok, mak! Terima kasih mak!” Wan telefon tu nak confirm, betul tak cara yang Wan buat. Patutnya lepas gelegak sikit, matikan api. Tapi Wan lepas gelegak kacau lagi dan lagi. Jadi bila dah tuang tu, adunan agak pekat. Tapi tak apalah…. Wan dah rata-ratakan dengan sudu. Kemudian kacau-kacau, masuk itu masuk ini, dan akhirnya siaplah trifle suji.

Akhirnya keputusan pun sudah berada di tangan pengadil. Nama Wan diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga. Alhamdulillah! Puding pemenang pertama dan kedua Wan tak sempat nak rasa. Mesti sedap punya!


Ini pemenang pertama.

Ini pemenang kedua.
Bagi pertandingan kerabu pula, Wan sempatlah merasa kerabu yang dibuat oleh Kak Mai. Wan minta kebenaran nak rasa sikit kerabu tu. Kak Mai beria-ria benar bagi Wan rasa. Patutlah Kak Mai jadi pemenang pertama, kerabu yang dia buat best sangat! Sampai dua hari Wan teringat-ingat kerabu Kak Mai. Sampai suruh suami Wan cari daun kaduk dan ulam raja. Nama kerabu Kak Mai ni, “Kerabu Ulam-ulaman.” Ulam utamanya adalah ulam raja. Ulam Raja ni memang Wan tak suka rasa dia sejak dulu. Tapi adunan kerabu Kak Mai telah mengubah persepsi Wan selama ini. Terima kasih Kak Mai! Yang istimewanya kerabu Kak Mai ni ialah ramuannya tidak menggunakan kelapa. Jadi kerabu ni tak basi lah. Kadang-kadang orang buat kerabu, bila dah lama, rasanya dah jadi lain macam. Macam apa ye? Macam basi lah! Ialah…. kelapakan tak tahan lama.

Resepi ni Wan cadangkan pada kawan-kawan untuk mencubanya. Memang berbaloi makan. Tapi berbaloi pada tekak Wan lah. Tak tahu lah pada selera orang lain. Tapi kalau nak lagi sedap, kerabu tu balut dengan daun kaduk ye! Wan tak pernah rasa daun kaduk sehelai-helai macam tu. Mula-mula rasa takut nak makan, takut ada rasa yang Wan tak mampu nak habiskan. Tapi rupa-rupanya kerabu ni memang kena betul dengan rasa daun kaduk. Sebelum ni, sejak dulu lagi Wan sering tertanya-tanya, daun kaduk ni orang makan dengan apa ye? Sebab kalau kat pasar Chow Kit, ramai peniaga masih jual daun kaduk ni. Sekarang Kak Mai telah berjaya mengubah tanggapan kolot Wan pada daun kaduk dan ulam raja malah telah membuka lagi selera Wan pada masakan kampung yang memang menjadi kegilaan Wan sejak dulu.

Kalau bercerita pasal masakan kampung ni, selera Wan dan suami memang kontras. Suami Wan lebih kepada masakan mamak, ada kari, kurma dan seumpamanya. Tapi Wan akan naik hantu kalau jumpa tempoyak, ikan kering, ulam, budu, cencaluk, sambal belacan dan segala macam masakan kampung. Tidak kisahlah masakan kampung dari negeri mana. Dulu semasa di Sarawak, Wan pernah merasai umai. Umai ni ikan mentah yang dicampur dengan pelbagai ramuan ulam. Keenakannya masih teringat-ingat sehingga kini. Belum lagi bercerita pasal mee kolok dan pusuk goring tempoyak. Yum! Yum!

Kalau masakan Semenanjung pula, Wan boleh makan berpinggan-pinggan nasi hanya dengan berlaukkan sambal tempoyak. Tak perlu ikan, tak perlu sayur, hanya sambal tempoyak! Aduh! Cerita pasal ni je pun, dah telan air liur banyak kali. Tapi nak buat semua tu, wan memang tak pandai. Sampai sekarang wan tak pandai masak lemak, walaupun dah mintak resepi pada mummy Wan. Dulu, wan pernah teringin benar nak makan kuah lemak ikan, jadi wan pun telefon mummy kat Kuantan. Semangat tak tahu cakaplah, punya berkobar-kobar. Sanggup ni pergi kedai cari santan, ikan kembung, asam keping dan segala macam bahan. Sejak kahwin, memang wan jarang ke pasar, semua suami Wan yang buat. Dulu masa anak dara pun Wan tak ke pasar cuma mummy je pergi. Minta maaflah,bukan malas tapi Wan rasa malu sangat nak keluar rumah. Lepas kahwin lagi rasa malu dengan lelaki, tapi buat-buat control macho. Dulu nak keluar rumah pun malu, sampai jiran tak tahu pun Wan balik bercuti semester. Kalau sebulan cuti, sebulanlah nampaknya Wan memerap kat rumah. Wan lebih senang, kemas rumah, masak dan jaga adik-adik. Eh! Melalut lah pulak! Nak cerita lagi pasal kuah lemak tadi. Suami Wan dan anak-anak pun tertunggu-tunggu nak makan masakan istimewa Wan tu. Wan pun sama-sama dah tak sabar. Bila dah gelegak kuah, apalagi Wan pun bersemangatla nak rasa. Aduh! Teramatlah… tak sedapnya! Rasa serbuk kunyit yang amat kuat. Patutla tengok kuah warna kuning sangat. Mummy cuma cakap bahan, wan ni buat pandai-pandai je masuk bahan ikut sesuka hati! At last, kena beli lauk kat kedai tengahari tu. Kuah lemak langsung tak boleh makan. Frust betul! Sejak hari tu sampai sekarang, kalau nak makan kuah lemak ke, sambal tempoyak ke, Wan suruh kawan Wan masakkan dan Wan bayar kat dia sebagai tanda terima kasih.

Okay, cukuplah cerita hari minggu Wan baru-baru ni. Bersama-sama ini Wan sertakan resepi untuk Trifle Suji dan Kerabu Ulam-ulaman. Selamat Mencuba ye kawan-kawan!


TRIFLE SUJI

Adunan suji:
4 cawan susu segar
½ cawan gula pasir
secubit garam
¾ cawan suji
Jelly Lady’s Choice
Fruit Cocktail



Adunan kastard:
9 sudu besar tepung kastard
10 susu besar susu pekat
6 cawan air

Adunan jelly:
1 paket jelly segera.


* Sila gunakan sudu sukatan, bukan sudu kegunaan makan.

Cara membuat:
1. Kacau susu, gula dan garam. Kacau sehingga gula hancur.
2. Kemudian masukkan suji dan barulah dikacau di atas api yang perlahan.
3. Kacau hingga menggelegak sedikit. Jangan terlalu lama di atas api.
4. Tuangkan ke dalam bekas yang jernih.

5. Biarkan 3 hingga 4 minit. Kemudian aturkan fruit cocktail di atas adunan suji tadi dan ambil 2 atau 3 sudu besar sirap fruit cocktail dan tuang di atas buah tadi.
6. Biarkan sejuk dan ketepikan.
7. Masak kastard dan tuang di atas adunan suji tadi.
8. Kemudian masakkan jelly dan tuang di atas adunan kastard tadi. Elok dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih menyegarkan.



KERABU ULAM-ULAMAN

Bahan-bahan:
Daun Ulam Raja
3 batang bunga kantan
5 biji cili padi
3 biji cili merah/masak
5 biji bawang besar
8 helas daum limau purut
udang kering/udang geragau (disangai atas kuali hingga garing- tak guna minyak)
4 biji limau kasturi (diperah)
garam secukupnya
2 sudu besar gula

Cara:
1. Hiris halus semua daun ulam.
2. Potong dadu bawang besar
3. Hiris nipis cili padi, cili merah dan serai
4. Tumbuk udang kering hingga halus.
5. Gauk semua bahan dan masukkan perahan limau
6. Masukkan garam, gula dan gaul rata.

Saturday, March 27, 2010

Cuti Sekolah... Balik Nibong Tebal, Penang

Anak-anak Wan ni kalau dalam gambar, nampak malu-malu je, tapi kalau bercerita... sedar-sedar mulut dah sampai pipi terutamanya Ain (yang bongsu).

Ni kapal yang berselisih dengan feri yang dinaiki mereka. Syoknya angin laut!



Ni depa atas feri nak pergi ke Seberang Perai. Syoknya!

Pada 16 Mac 2010, Wan sekeluarga telah balik bercuti ke Pulau Pinang, rumah ayah dan mak mertua. Anak-anak Wan semuanya seronok bercuti di sana. Suami Wan bersama adik ipar dan anak-anak Wan pergi berjalan sakan. Anak-anak memang teringin nak naik feri, jadi Ajian (pak menakan depa) bawak la ronda-ronda. Sampai sekarang Adlan, Nurin dan Ain dok bercerita pengalaman naik feri, pergi pantai dan sebagainya. Lepas tu mereka semua, pergi Batu Feringgi, Nurin dan Ain kutip kerang-kerang. Dapat la rasa cecahkan kaki dalam air di pantai. Lepas tu pergi Taman Rama-rama, Jambatan Pulau Pinang, Masjid Terapung dan cuba makan nasi kandar di gerai yang dinamakan Line Clear. Suami Wan kata makanan yang dihidangkan semuanya sedap-sedap belaka. Harga berpatutan. Gerai ni,pelanggan bertali arus sampai ke malam. Wow! sedap betul agaknya tu! Wan tak pergi jalan-jalan sebab sakit perut. Jadi tak boleh nak komen lebih-lebih pasal kesedapan nasi kandar ni. Tapi paling teringin nak makan char kuey teow. Dulu Wan pernah rasa kat Bukit Mertajam, dekat dengan Balai Polis. Emmm.... Rasanya sedap tak terkata. Udang besar-besar, dan kombinasi garam gulanya sungguh kow. Sampai sekarang teringat-ingat. Suami Wan kata nanti cuti sekolah bulan 6, dia nak balik Penang lagi. Kalau ada rezeki kami akan balik lagi, jenguk mak dan abah yang kurang sihat.

Saturday, March 13, 2010

Pada 11 Mac 2010, Wan,dua anak perempuan Wan dan adik Wan jumpa Bro Imran Paris di rumah maknya di Kg Pandan, di belakang Kedai Perabot, setentang Tesco Ampang. Kami borak-borak panjang. Walaupun nampak keletihan Bro Imran sekeluarga meriah dengan layanan yg mesra dan ikhlas. Dapat rasa kek lapis Sarawak. Lama tak makan. Sedap! Tak terkilan rasanya setelah berjumpa dengan semua ahli keluarga Bro Imran. Semuanya peramah. Keluarga org baik-baik ni! Humble orgnya Bro Imran ni, begitu jugak Mai, adik-beradik, dan mak ayahnya. Comel (adik perempuan Bro Imran)pada mulanya Wan ingat adiknya yg dalam From 5, rupa-rupanya dah ada anak lima. Ya, Allah! terkejutnya Wan. Mukanya... betullah seperti panggilannya COMEL! dan nampak begitu muda dan keanak-anakan. Terima kasih semua! I will misss u all!

Inilah rupa org baru, buah hati Bro Imran dan Mai. Inilah orgnya yg buat Cik Wan pening kepala memikirkan nama gerangan yg berhidung mancung ni. Comel sesangat! GERAMMM!!!!! Masa Wan jenguk Iman, dia sedang tidur. Jadi tak sempat nak peluk-peluk. Tapi Cik Wan tak rasa ralat, sebab Cik Wan dah dapat cium pipi Iman. Sayang Iman! Moga jadi anak soleh ye! rasa macam anak sedara sendiri pulak! Sedih berpisah sampai sekarang rasa rindu pada Iman, Hadi dan semau anak Bro Imran. Mai, Wan cukup senang dapat berkenalan dengan Mai. Mai ni orgnya tak byk bercakap, hanya cakap yg perlu sahaja. Wan suka org macam ni. Mai nampak matang berbanding usia. Ingat ke Wan yg muda (Perasan!) tapi Mai lagi muda beberapa tahun dr Wan.

Ni Bro Imran. Orgnya nampak muda di luar. Dalam gambar lain sikit. Kalau nak tahu rupa IP yg sebenr-benarnya kena jumpa sendiri tau. IP dan keluarga baik orangnya. Terlalu meraikan tetamu. Itu yg Wan rasa sepanjang berada di rumah mak IP ni. IP, orgnya selalu memuji org, tak lekang kata-kata pujian dari mulutnya. Anak lelakinya, Hadi pun sama naik macam bapaknya ni. Ni Kak Raihanah. Wan panggil Kak Ana. Kak Ana peramah orgnya. nanti kita jumpa lagi ye Kak! Suka akak!

Bro Imran perkenalkan Wan dengan seluruh ahli keluarganya, dari adik kepada ibu, ayah, anak buah, isteri Mai, Hadi, Iman, anak perempuannya. Sambil makan, kami berborak panjang. Wan rasa dah macam ahli keluarga sendiri. Ibu Bro Imran bahasakan dirinya Mak Yam. Wan rasa macam nenek Wan je Mak Yam ni. Mak Yam peramah jugak orgnya. Cakap hanya yg perlu sahaja, yg selebihnya, macam pendiam orgnya tapi bulan sombong. Mak Yam kata dulu dia buat kuih lapis dan berbagai-bagai kuih lagi masa tinggal di Kg Baru. Oh! Rupanya Mak Yam ni pandai masak ye. Rugi Wan tak tanya resepi lama2.Wan rasa betul-betul dihargai kedatangan pada malam tu di rumah yg penuh barakah tu.

Ni tengah seronok borak sakan. Walaupun IP nampaknya keletihan baru lepas exam pada siangnya, tapi sanggup melayan kami yg datang dengan penuh mesra. Terima kasih Bro Imran dan seluruh keluarga. Hanya Allah sahaja yg mampu membalasnya.

Terima kasih Bro Imran di atas hadiah-hadiah ni. Mana nak dapat benda ni semua kat sini. Nak ke sana??? Belum tentu. Yg bulat gambar ladybird tu perfume dr Paris tanpa alkohol. Baunya... emmmm wangi sgt, bau bunga. Dia macam balm, sapu sikit kt tangan, baunya membuatkan Wan rasa tenang. Oh! ni lah perfume yg Bro Imran janjikan dulu ye? Syukran. Iman, sebab Iman lah Cik Wan dpt perfume ni tau! Terima kasih kicik! Eiffel Tower tu... dapat pegang jadi le. Sepit tu utk anak dara Wan yg 2 org tu. Terima kasih banyak2 Bro Imran dan Mai. Buat susah-susah je. Siap bagi duit Euro utk anak-anak Wan. Jasa kalian tak ternilai di dunia ni, hanya Allah yg mampu membalasnya. Syukran Jazilan Kathiro.

Ada org nak belanja Wan makan steamboat. Bab makan no problem, alhamdulillah. Rezeki namanya tu! Dah lama tak keluar kedai. Ni tgk dunia luar sekejap. Macam-macam Wan masukkan dlm air rebusan tomyam tu, ketam, tiram, mushroom, sayur, udang dll. Macam-macam ada, rojak pun wan rasa, aiskrim pun Wan cuba, kerang rebus pun Wan makan. Bak kata makan semua. Half way makan-makan dah rasa kenyang sgt. Tak pernah Wan rasa kenyang macam ni. Alhamdulillah. Thank you semua!

Kak Suwaibah dan Rin bersama-sama Wan having dinner at Ita's Steamboat kat Setiawangsa.

Ana beria-ria nak datang belajar buat buttercream n deco dgn kakak dia ni hari ni. Wan ajar dia buat kek coklat lembap. Suruh dia biz kt rumah dia. Kek ni org suka makan. Okay! okay! kata dia. Ana pun seronokla nak buat kek. Nilah hasil kek yg Ana buat. Wan ingat dia tulis utk dia rupa-rupanya tulis besday utk Wan. Terkejut pun ada. Oh! rupanya hari ni hari lahir Wan. Thank you Ana, walaupun kek tu kak long yg kukus dan masak sendiri, tapi istimewanya sebab ko yg tulis sendiri wish atas kek tu. Walaupun nampak payah dan terkial-kial tapi at least kak long tgk sendiri ko susah payah tulis nama kak long atas kek tu dan sebagai tanda ingatan pd kak long. Thank you Ana! Actually birthday Wan 6 Mac 2010 baru-baru ni. Dah makin tua nampaknya.

Tuesday, February 23, 2010


Selama beberapa minggu ni hidup Wan dihujani dgn kek. Wan rasa anak-anak rindu betul dgn pelukan Wan, jadi lepas buat kek utk tempahan pelanggan, Wan pun buatkan sebiji kek sponge kecil dan bagi depa decorate. Mula-mula Nurin (anak ke-2) sebab dia memang minat betul nak buat kek. Lepas tu Wan suruh anak sulung (lelaki) paipkan cream utk buat rumput pd kek. "Ibu! Ibu! Ain pulak bu! Nak nak buat!, kata yg bongsu". Wan rasa seronok dapat spend masa dgn anak-anak walaupun kaki rasanya dah tak boleh nak berdiri, letih sangat. "Maafkan Ibu, ye anak-anak Ibu! Ibu tak sempat nak main-main dengan semua. Ibu sibuk sangat! Nanti malam Ibu tepuk ye!" Love u all! MUAHHHH!!!!

Ni lah rupa kedai Wan yg bersepah-sepah demi utk menyiapkan cupcakes sebanyak 1250 biji yg ditempah pelanggan, Naza utk majlis perkahwinannya. Siang dan malam selama 2 hari hidupku dikelilingi kek cawan ini. Hari sebelumnya Wan demam, jadi tengah malam baru boleh buat kek. Esoknya sambung lagi kerja dr 8 pagi hingga 11 pagi keesokannya. 1 hari 1 malam tak tidur. Utk menghilangkan rasa mengantuk Wan buat lawak sambil borak-borak dgn suami. Bila dah habis topik, nyanyi bodo-bodo sambil disambung suami. Bila suami Wan start nyanyi, baru tercelik mata Wan, yang kuyu menjadi luas-seluasnya sebab dia nyanyi sungguhhh....ssungguhhh.. TAK SEDAP! Sakit perut Wan ketawa. Lari habis tempo.Lirik macam pernah dengar tapi kenapa lagunya lain macam je bunyi. Ntah apa-apa la suami ku ni!

Friday, February 19, 2010

HAPPY 10th ANNIVERSARY TO ME & MY BELOVED HUBBY!

Hari ini, 19 Februari 2010 merupakan tarikh perkahwinan kami yang ke-10. Alhamdulillah, sudah mencecah dua angka lamanya, dan kami sekeluarga sangat bahagia.

Sebenarnya Wan tak ingat langsung tarikh ni. Tahun-tahun sebelumnya juga begitu. Agaknya Wan ni kurang ciri-ciri perempuan sejati kot. Hehehehe.... Tadi suami Wan ingatkan Wan dan Wan pun spontan berkata, "Ooooo.... ye ke? Sori lupa.." Mana taknya inilah minggu yang paling sibuk bulan ni. Sebenarnya Wan tengah sibuk membuat kek kahwin 3 tingkat untuk tempahan esok. Dalam kalut-kalut buat kek, suami ajak makan luar, katanya nak belanja Wan. "Terima kasih, bang!"

Adunan kek yang perlu dihabiskan malam ini jugak. Alhamdulillah....


Nilah kek-kek yang perlu dikukus. Hadiah perkahwinanku kali ini adalah kerja yang berlambak-lambak.

Dalam perjalanan ke tempat makan, terserempak pulak dengan singa-singa ni, jadi Wan sekelurga berhenti sekejap. Anak-anak Wan pun suka tengok singa-singa ni menari sambil diiringi gendang besar. Singa-singa ni dibawa untuk sambutan Tahun Baru Cina ke salah sebuah restoran di situ.


Wan amat berterima kasih kepada suami yang telah mengangkat status Wan daripada anak dara menjadi seorang ibu kepada tiga cahayamata yang insyallah soleh hingga ke akhir hayat. Tiada kata seindah bahasa untuk ku lafazkan pada mu, wahai suami ku dunia dan akhirat, "syukran jazilan kathiro".

Hanya padamu kucurahkan segala rasa. Dirimu menerima tingkahlakuku dengan hati yang terbuka. Menerima aku seadanya. Menerima aku yang kurang segalanya. Walaupun diri ini kadang-kala nakal hingga membuatkan mu pening kepala, namun mengertilah betapa aku amat menyayangimu.

"Terima kasih kerana mendidikku mengenal Pencipta dan mengajar aku erti kesabaran".

Saturday, February 13, 2010

Perihal Si Bawang



Bawang adalah sejenis bahan masakan penting yang digunakan setiap hari. Tanpa bawang, hampir semua jenis masakan akan menjadi kurang sedap. Kalau anda mahukan rasa sup yang lebih enak, bawang goreng menjadi penambah perisa hebat.

Bawang goreng yang sedap hanya diperolehi setelah ia dihiris-hiris nipis kemudian digoreng garing. Namun sebelum itu, bawang merah atau bawang besar perlu dikupas terlebih dahulu.

Persoalannya, siapakah yang suka mengupas bawang besar atau merah? Rata-rata mengatakan tidak untuk proses mengupas bawang terutamanya di restoran, hotel dan gerai-gerai makan yang perlu dikupas dalam kuantiti banyak.

Kenapa? Tentunya masing-masing tidak tahan dengan percikan air bawang yang masuk ke dalam mata apabila ia dikupas. Akibatnya, terjadilah drama ‘tangis-menangis’ di dapur. Mungkin pada saudari, ibu-ibu dan bapa-bapa, masalah pedih mata akibat mengupas bawang bukanlah masalah besar, tetapi bagi saya yang perlu mengupas bawang berguni-guni pada satu-satu masa, ia merupakan satu beban. Silap-silap, orang ingat saya sedang di dalam kesedihan. Mana tidaknya, penangan bawang ini akan menyebabkan airmata mengalir laju, hidung, mata menjadi merah dan bengkak.

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman selama hampir empat tahun mengendalikan perusahaan makanan sejukbeku yang banyak menggunakan bawang terutamanya untuk proses membuat inti kuih seperti karipap, samosa dan seumpamanya.

Setelah kajian demi kajian saya lakukan untuk menangani masalah pedih mata, rahsia atau petuanya cukup mudah.

Pertama:

Pastikan anda mengupas bawang pada waktu pagi di antara pukul 6 hingga 9 pagi bergantung kepada keadaan cuaca ketika itu. Seandainya matahari sudah muncul terik pada pukul 9 pagi, anda disarankan untuk tidak lagi mengupas bawang.

Namun seandainya hari tersebut mendung dan tiada matahari terik atau adanya hujan, anda bolehlah mengupas bawang besar sepanjang hari dengan senyum yang meleret sambil bernyanyi riang..

Kedua:

Pastikan anda tidak menggunakan dapur untuk memasak hatta menjerang air menggunakan pemanas air ketika proses mengupas bawang. Pastikan rice cooker anda tidak digunakan ketika itu. Pendek kata, jangan menghidupkan sebarang peralatan yang menghasilkan haba di dapur walaupun pemanas roti. Ini bermakna aktiviti pertama pada hari tersebut adalah mengupas bawang dan bukannya memasak walaupun 1 jam awal sebelum mengupas bawang.

Ketiga:

Waktu malam tidak disarankan untuk mengupas bawang kerana pada ketika itu haba yang diserap oleh dinding rumah akan dibebaskan pada waktu malam ketika cuaca di luar rumah sejuk. Jadi dinding rumah akan mengeluarkan haba dan suhu di dalam rumah akan menjadi sedikit panas.

Air pada bawang akan aktif mengeluarkan percikan apabila cuaca sekeliling panas. Seandainya ada hujan pada waktu malam, proses mengupas bawang boleh terus dilakukan kerana ketika ini mata kita tidak akan menjadi pedih kerana cuaca sekeliling sejuk.

Keempat:

Potong bawang dalam keadaan air paip dibuka. Seandainya anda mahu menghiris atau memotong bawang pastikan papan pemotong diletakkan di atas sinki sambil air paip mengalir keluar. Air paip tidak semestinya dibuka deras, cukuplah sekadar menyejukkan keadaan di situ.

Tapi kalau bab membazirkan air ni, kak Umiazuddin betul-betul tidak setuju dengan cadangan saya. Dia tu pejuang alam sekitar, kalau tak percaya cuba baca artikel kak Umiazudddin yang bertajuk cara-cara memelihara alam sekitar. Hehehe… maaf kak, daku terpaksa bukak jugak air tu, nanti kang menangis tak tentu pasal angkara bawang!

Kelima:

Buka kipas mengadap sisi badan. Eloknya kipas diletakkan di belakang sikit pada bahu kita. Maksudnya, apabila kipas berpusing, anginnya akan menghalakan air percikan ke arah lain dan bukan ke dalam mata kita.

Cara ini boleh digunakan seandainya kaedah memanipulasikan cuaca tidak dapat dilakukan.

Namun begitu, kaedah-kaedah di atas amat berguna kepada mereka yang tidak tahan dengan pedih mata akibat mengupas bawang. Ada juga mereka yang kebal contohnya jiran saya. Setakat sebesen bawang relaks je dia.

Selamat Mencuba! Katakan tidak kepada masalah pedih mata!

Saturday, February 6, 2010


Petang ni tiba-tiba Wan teringin nak makan pisang bakar. Pisang bakar ni Wan teringat masa kecik-kecik dulu, ayah Wan selalu buat macam ni bila hari minggu. Bakar waktu pagi selepas ayah dan mak Wan balik pasar. Ayah Wan dulu polis hutan, jadi cara masak sebegini antara cara untuk survival di hutan. Cubalah buat. Rasa dia sungguh sedap. Tapi kena pilih pisang yg agak masam sikit. Tapi Wan tak tahu nama pisang tu. Jadi Wan taram je ambik pisang yg ada dijual kat kedai.

Inilah hasil pisang yang telah dibakar. Rasa hangit-hangit isi pisang meninggalkan aroma yang menyelerakan. Tang garing tu yang sedap!

Tuesday, February 2, 2010

JUMPA CL SEBELUM BERANGKAT KE MEKAH


Wan janji nak jumpa Cik Lie di Jusco Taman Keramat AU2 pada 2 Feb 2010 lebih kurang jam 8.30 malam. Wan betul-betul nak borak ngan CL sebab 1st time jumpa masa gath malu sangat. Malam tadi puas hati dapat borak ngan CL. Wan turut kirimkan doa pada CL minta dipermudahkan urusan Wan ke Mekah masa muda-muda (perasan!) ni. Anak sulung bagi surat pada CL, Tu envelope dia punya la tuh! Dia pun ada wish jugak. Dia tu peminat senyap tegar CL.

Lepas jumpa Cik Lie, adik Wan (Adik Nor) suruh Wan berdiri depan air lompat-lompat ni. Dia nak ambil gambar kakak sulungnya ni. Wan pun ikut je la, malu gak sebab kat depan kita tu ramai orang duduk kat situ sambil pandang-pandang model sorang ni.

Nurin (t-shirt putih merah) dan Ain mintak Wan ambilkan gambar di MidValley sempena sambutan Tahun Baru Cina. Diorang ni suka tengok deco yang menarik ni.

Adlan nak bergambar kat lampu ni. Apa sebabnya tak tahulah. Selalunya dia mesti nak lain dari yang lain.

Tuesday, January 26, 2010

DI MANAKAH ALLAH?

“Ibu, Allah sedang buat apa sekarang? Allah kat mana?” tanya anak yang bongsu, Ain. Pertanyaan ini berulang-ulang bermula daripada anak yang pertama dan diikuti kedua seterusnya baru-baru ini oleh puteri bongsu saya.

Ketika pertama kali ditebak pertanyaan sedemikian rupa oleh anak sulung, otak ini ligat berpusing-pusing mencari jawapan yang terbaik.

“Sekarang…..emm…apa yang Allah buat ye? Sekarang…. Allah sedang tengok Ain dengar cerita ibu!” balas saya sambil disambut senyum tersipu-sipu Ain. Ain rasa gembira apabila mengetahui Allah sedang memerhatikannya.

“Ibu, Allah tengah pandang Ain ke Bu?” tanyanya lagi inginkan kepastian.

“Ya!” balas saya tersenyum.

“Habis…. Allah kat mana Bu? Ain tak nampak pun!” tanyanya pelik.

Mampukah sahabat sekalian menjawab persoalan ini seandainya ditanya oleh anak lelaki mahupun perempuan kita?

Tidak dinafikan masih ramai yang agak sukar memberikan jawapan yang tepat. Ada yang terpinga-pinga mencari jawapan yang selama ini tidak pernah terlintas di fikiran. Atau juga, ada yang semacam tidak pasti tempat beradanya Allah. Ada yang mengatakan bahawa Allah berada di atas (langit), di setiap tempat, atau Allah berada di mana-mana, di dalam hati ataupun berada di langit dan di bumi.

Secara asasnya, proses untuk menjadi seorang hamba yang mukmin kita wajib mengetahui tempat Allah berada. Seandainya masih merasa ragu-ragu, kita harus berusaha mencari sebanyak ilmu untuk mendekatkan diri kita yang kerdil ini dengan Pencipta.

Persoalan di manakah Allah merupakan satu aspek penting dalam kehidupan seseorang kerana ia melibatkan asas utama tahap keimanan seseorang iaitu akidah

Seandainya Allah berada di setiap tempat, ini bermakna Allah berada di pasar-pasar, tempat kotor dan seumpamanya. Adakah layak Allah Yang Maha Suci, Maha Besar, Maha berkuasa perlu berada di tempat-tempat sedemikian?

Cuba kita lihat firman Allah di dalam Surah Al-Ikhlas:4,

Dan tidak ada satupun yang sama/sebanding dengan-Nya

Ini jelas menunjukkan bahawa Allah tidak setara untuk berada pada kedudukan yang sama seperti semua makhluk yang diciptakanNya. Nas ini menjadi antara bukti kukuh bahawa Allah tidak berada di mana-mana tempat.

Bagi sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa Allah berada di semua tempat, ia sama sekali tidak benar. Ini kerana,

Firman Allah,

Maha Suci Engkau! Ini adalah satu dusta yang sangat besar” (Surah An-Nur: 16)

Persoalan “Di manakah Allah?” ini pernah diutarakan Rasulullah saw kepada seorang budak perempuan kepunyaan Mu’awiyah bin Hakam As Sulamiy untuk menguji tahap keimanannya.

Beliau bertanya kepada budak perempuan itu, “Di manakah Allah?” Jawab budak perempuan, “Di atas langit” Beliau bertanya lagi, “Siapakah aku?” Jawab budak perempuan, “Engkau adalah Rasulullah.” Beliau bersabda, “Merdekakan dia! Kerana sesungguhnya dia seorang mu’minah (perempuan yang beriman)” (Hadith Shahih)

Cuba telitikan firman Allah seperti di bawah,

Ar-Rahman di atas Arsy Ia istawaa (bersemayam)” (Surah Toha:5)

Ar-Rahman atau yang bermaksud Yang Pemurah dalam ayat di atas adalah Allah Azzawajalla. Ini memberikan kita satu gambaran jelas bahawa Allah telah memberitahu tentang kedudukanNya Yang Maha Tinggi agar kita tidak lagi tertanya-tanya. Ini kerana sebagai seorang manusia, kita tidak dapat lari daripada sifat ingin tahu dan ingin bertanya dan terus bertanya.

Lihat pula firman Allah di dalam Surah Al-A’raf ini:54 ini,

Sesungguhnya Tuhan kamu itu Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Ia istawaa di atas Arsy

Justeru, kita sebagai hambaNya yang jahil wajib beriman dengan sepenuhnya bahawa Allah istiwaa di atas ArsyNya sesuai dengan kebesaran dan keagunganNya.

Penjelasan tentang tempat bersemayamnya Allah ditunjukkan dengan jelas dalam tujuh tempat di dalam Al-Quran iaitu:

1.Surah Toha:5
2.Surah Al-A’raf:54
3.Surah Yunus:3
4.Surah Ar-Ra’du:2
5.Surah Al-Furqan:59
6.Surah As-Sajdah:4
7.Surah Al-Hadid:4

Namun ini tidak bermakna Allah bergantung kepada Arsy untuk bersemayam. Ini kerana Arsy juga adalah makhluk Allah. Bahkan semua makhluk termasuk Arsy bergantung kepada Allah sepertimana firmanNya yang bermaksud,

Sesungguhnya Allah Maha Kaya dari sekalian alam” (Surah Al-Ankabut:6)

Arsy ini pula merupakan tempat yang paling tinggi berada di atas tujuh langit dan sangat besar sekali sebagaimana diterangkan Ibnu Abbas:

Dan Arsy tidak seorang pun dapat mengukur berapa besarnya

Ini diperkuatkan lagi dengan peristiwa israk Mi’raj bahawa Rasulullah saw bertemu dengan Allah swt melepasi langit ke tujuh. Ini menunjukkan abhawa Allah berada di atas langit (Arsy).

Salah satu bukti lagi Allah berada di atas Arsy dan bukan di merata-rata tempat adalah,

Mereka (para malaikat) takut kepada Tuhan mereka yang berada di atas mereka dan mereka mengerjakan apa-apa yang diperintah” (Surah An-Nahl:50)

Bukti lain juga terdapat dalam firman Allah kepada Nabi Isa bin Maryam,

Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dan mengangkatmu kepadaKu” (Surah Ali Imran:55)

Ibnu Khuzaimah di dalam kitabnya At-Tauhid (hal. 11) menerangkan bahawa bukankah mengangkat sesuatu itu dari bawah ke atas (ke tempat yang tinggi) tidak dari atas ke bawah.

Contoh bukti lain terdapat dalam sabda Rasulullah saw seperti berikut:

Orang-orang yang penyayang, mereka itu akan disayang oleh Allah Tabaaraka wa Ta’ala (Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi), oleh kerana itu sayangilah orang yang di muka bumi, nescaya Zat yang di atas langit akan menyayangi kamu.” (Hadith Shahih)

Dari Ibnu Abbas (ia berkata): Bahwa Rasulullah saw berkhutbah kepada manusia pada hari Nahr (10 Zulhijjah) kemudian Ibnu Abbas menyebutkan khutbah Nabi saw kemudian beliau mengangkat kepalanya (ke langit) sambil mengucapkan , “Ya, Allah bukankah aku telah menyampaikan! Ya, Allah bukankah aku telah menyampaikan!” (Riwayat Iman Bukhari bab 2, hal 191)

Umar bin Khattab pula pernah mengatakan,

Bahawasanya segala urusan itu (datang/keputusannya) dari sini” Sambil Umar mengisyaratkan tangannya ke langit.

Manakala berbalik kepada makhluk yang bernama Arsy pula, Allah berfirman di dalam surah Hud:7 yang bermaksud;

Dan adalah Arsy-Nya itu di atas air.”

Walau apa pun bentuk Arsy yang dimaksudkan Allah itu, perkara utama adalah keyakinan kita terhadap persoalan akidah yang menyentuh tentang tempat bersemayamnya Allah.

Mengapa kita perlu mengetahui tempat bersemayamnya Allah?

Imam Abu Hanifah telah berkata;

Barang siapa yang mengingkari sesunguhnya Allah berada di atas langit, maka sesunguhnya ia telah kafir.”

Manakala bagi mereka yang hanya mendiamkan diri dan tidak mengetahui sama ada Allah berada di langit atau di bumi, berkata Imam Abu Hanifah, “Sesungguhnya dia telah ‘kafir’ kerana Allah telah berfirman: Ar-Rahman di atas Arsy Ia istawaa (bersemayam). Ini bermakna Abu Hanifah telah mengkafirkan orang yang mengingkari atau tidak tahu bahawa Allah istiwaa di atas Arsy-Nya sedangkan dengan jelas Allah telah menunjukkan tempat Nya berada kepada hambaNya tanpa berselindung..

Kesimpulannya:

1.Pertanyaan “Di manakah Allah?” disyariatkan dan telah mengikuti Rasulullah saw.
2.Wajib menjawab, “Sesungguhnya Allah di atas langit atau di atas Arsy.” Ini membuktikan keimanan kita sebagai seorang mukmin atau mukminah menurut sabda Rasulullah saw di dalam kisah pertanyaan kepada seorang budak perempuan itu.
3.Wajib menyakini bahawa Allah berada di langit iaitu di atas Arsy-Nya.
4.Barang siapa yang menafikan adanya Allah di atas langit, maka sesungguhnya ia telah kafir.
5.Barang siapa yang melarang untuk bertanya “Di manakah Allah?”, sesungguhnya ia telah menjadikan dirinya lebih pandai dari Rasulullah saw.
6.Barang siapa yang tidak menjawab, “Sesungguhnya Allah berada di langit” maka ia bukan seorang mukmin dan mukminah.
7.Barang siapa yang tidak mengetahui di mana Tuhannya, maka ia bukanlah penyembah Allah Azza wa Jalla, tetapi ia menyembah kepada ‘sesuatu yang tidak ada’

Dalil yang mengatakan Allah berada di atas Arsy (di langit) juga bertepatan dengan fitrah manusia. Seandainya seseorang manusia ditimpa musibah, mereka mengangkat kepala-kepala mereka ke langit sambil mengucapkan, “Ya, Tuhan!” Jadi secara fitrahnya atau semulajadinya, manusia mengetahui bahawa PenciptaNya berada di tempat yang tinggi di atas sekalian makhluk iaitu di atas ArsyNya.

Manakala bagi orang yang mengatakan “kami tidak tahu Zat Allah di atas Arsy atau di bumi”. Mereka ini adalah orang yang memelihara kecetekan ilmunya tanpa mahu berusaha memperbaiki kelemahan tersebut. Penerangan yang jelas dalam firman-firman Allah tersebut bertujuan agar kita mengetahui dan menyakini bahawa Allah telah mensifatkan diriNya dengan sifat-sifat ini yang salah satunya bahawa Ia istiwa (bersemayam) di atas ArsyNya.

Harapan saya semoga dengan penerangan ini, kita sama-sama dapat memperbaiki kelemahan diri dan akan melipatgandakan usaha mendalami ilmu mengenal Allah. Wallu’alam.

Jawapan Teka-teki


Inilah jawapan kepada soalan teka-teki tempohari. Mari lihat siapa yang kena!

Sunday, January 17, 2010

TEKA-TEKI UNTUK ANDA! SILA JAWAB!


Bahan Utama projek sains kita pada kali ini adalah:

1. Tali
2. Botol (cuba dapatkan yg berwarna pink kalau boleh, baru sama ngan CP) hehehe..
3. Itu sahaja bahannya, cari apa lagi, dah tak dak!


Apakah cara yang digunakan untuk membolehkan botol tergantung seperti di dalam gambar?

Tiada sebarang gam atau peralatan lain digunakan untuk menyebabkan botol tergantung seperti itu.

Tali tidak disimpulkan sebelum dimasukkan ke dalam botol.

Tali dimasukkan secara menegak ke dalam botol.

Gunakan teori sains anda ka sejarah ka geografi ka atau apa-apa sahaja. Kemukakan teori anda untuk dikongsi bersama raka-rakan di sini.

SOALAN: BAGAIMANAKAH BOTOL TERGANTUNG SEPERTI DI DALAM GAMBAR HANYA DENGAN MENGGUNAKAN TALI?

SILA JAWAB WAHAI SAUDARA SAUDARI BUDIMAN! SELAMAT MENGASAH MINDA!

TEKA-TEKI TEKA TEKUK....


Bekas berwarna coklat klasik ni diukir begitu cantik dan kelihatan sungguh menarik. Mataku lah kata menarik, tak tahulah yang lain.Bekas ni sesuai untuk diisi apa sahaja barang atau perkakas. Nak buat isi telur rebus bagi gift untuk wedding pun okat, Nak isi brooch atau benda-benda cinonet pun sesuai.

Soalannya: Apakah bahan utama untuk menghasilkan bekas yang secantik ini?

Saturday, January 16, 2010

Yey! Kak Chaq datang kedai Wan!


Gambar ni diambil cepat-cepat sebab Kak Chaq (Ummi Humaira) nak kena balik cepat. Cik abang dia nak masuk kerja. Sebenarnya Kak Chaq datang kedai Wan sebab nak ambil kuih bakar lagi macam gathering PDKM hari tu.

Seronok tak terhingga akhirnya kak Chaq sampai jugak kedai wan walaupun sesat jap. kak Chaq dan keluarga kebetulannya datang untuk Hari Keluarga Telekom di Desa Water Park. Tempat rekeasi tu dekat je dengan kedai Wan, jadi kak Chaq pun datang terus le jenguk Wan. Dapat kenal anak-anak akak terutamanya yg teruna. Terima kasih kak! Walaupun sekejap Wan suka sangat! Luv u!

Tuesday, January 12, 2010

Sepetang di PDKM

Aku punya impian bukan khayalan,
Ingin bertamu di Kota Makkah,
Ingin bermujahadah di Madinah,
Juga tidak ketinggalan menadah tangan di Raudah,
Seperti Cik Lie PDKM di Hotel Al-safwah,

Inginku ada lagi…
Aku ingin Rabbku menerima seadanya diri,
Seada aku semampu aku,
Seadanya aku tidak sama adanya RasulMu,
Semampu aku yang sibuk selalu,

Pertemuan PDKM Ahad lalu memang ku tunggu,
Berdebar-debar ingin bertemu,
Bagaimanakah gelagat semua tetamu termasuk diriku?
Mula-mula sampai, Cikgu Mas menyambut senyumku ,
Dipeluknya aku, katanya tidak berubah seperti jugak dahulu,
Tapi ku kata CM dah berubah, bertambah besar dirimu cikgu!
CM senyum je dulu, dalam hati mana aku tahu,

Manusia kedua aku jumpa adalah si dia bertudung merah yang ayu,
CM tanya cuba teka siapakah dirimu?
Aku termalu-malu ada soalan cepu
Malu gak takut salah teka dirimu
Ku jawab Kak Zie, CM kata tidak, dirimu pulak malu
Mana tak malu, ku genggam tanganmu… lama tu!
Baru aku ingat,
Hah! Kak Noor!
Kan dirimu dlm senarai penyambut tetamu,
Malunye aku, apa punya ngoknye aku,
Lepas tu baru peluk tak jemu-jemu,

Manusia ketiga aku jumpa ialah Dik Hanis kuningnya baju,
Senyummu menjadi pujaan hatiku,
Kalau tak percaya carilah gambar yang tiada senyummu,
Kecuali satu, masa mengadu kat Bi mu sambil tangan tunjuk melulu
“Bi…. Tu…, Bi, Dia tu…” rengek manjamu,

Manusia keempat, Humaira punya Ummi, kawan blogku,
Kutanya CM, mana orang nya tu,
Bukan apa nak bagi kuih bakar yang Ummi order padaku,
Dah jumpa kalu, paham-paham le saudaraku,
Peluk cium macam dah kenal dolu-dolu,

Manusia kelima, orang yang paling kutunggu,
Lepas daftar aku tertunduk malu,
Mana tak malu, semua tetamu sudah menunggu,
Aku tetamu terakhir selepas Mamaju,
Aku tunduk pandang stokin hitam kaki ku,
Bila pandang ke depan terkezut rupanya Cik Lie ku,
Jejaka idaman Malaya berdiri berborak ngan Taj rakanku,
Depa tegak kat belakang kerusi biruku,
Eh! Cik Lie, kataku,
Cik Lie senyum padaku,
Nak kata apa lagi aku terpaku,
Pada kehenseman dirimu,
Yang sebenaqnya lidah ku kelu,
Dlm blog bolehlah merapu,
Bila mata bertemu, aku malu, Cik Lie pun malu,
Jangan kata tak malu Wahai Cik Lie ku,
Ku lihat dirimu pun tersipu-sipu,
Eh! Lagi aku merapu,
Sebenaqnya Cik Lie tidak begitu,
Lepas tegur Cik Lie ku,
Aku duduk buat-buat layan dua anak daraku,
Ketaq kakiku, takut Cik Lie cikucak padaku,

Hah! Sorang ni memang aku nak bertemu,
Jejaka pink kugelar dirimu,
Oh! Rupanya tak lah besar sgt org mu,
Suka bercakap rupanya cik adikku,

Lepas tu byk lagi tetamu,
Eh! Tersilap pulak aku,
Orang pertama yg aku jumpa adalah MAMAJU!
Baru sampai, hubby ku pegang kotak besar kek Cik Lieku,
Aku pulak usung kotak kek isi tepung pelita dan coq badak kegemaran IP dan Datin Asnijaku,
Tiba-tiba nak turun tangga, ada orang sapa diriku,
Wan Rusyaini ke tu?
Aku terpinga-pinga, alamak siapa pulak kat situ?
“Ni Mamaju!” kata dirimu,
Aaaaa…. Mamaju!
Aku terkejut menjerit, tak sangka you!
Baru ku tahu rupa parasmu,

Sebenaqnya ramai lagi yang kutemu,
Dok kerusi sebelah, Ainharny dari Melaka,
Ummiazzuddin tinggi lampai,
Dia kata… “rupanya kecik orangnye”
Mengata akulah tuh! Akak pun sama, hehehehe... tulang macam aku,
Lepas tu nampak jejaka berbaju kuning hensem tu,
Oh! Ayah Zain tetamu,
Dok kerusi depan bersama semua jejaka melayu,
Aku nak tegur, ada itu malu, juga takut kena gossip kat mamarazziku,
Mana taknya, seorang aku dikerumun semua jejaka tuh!
Kak Sonata pulak bagi keychain sebagai saguhati, tapi kalau nak, kena beratur atas stage dulu,
Syok gak akak buat kita macam anak muridmu,
Mana taknya kak Sonata kan Guru Penolong Kanan atau GPK tuh!
Tapi bukan GPK satu lagi tu,
Yang mana satu?
Alah! Geng Perempuan Kaya tuh!
Asal nama tak tahulah,
Diorang ni bikin gamat ini bloglah,
Itu CM, Datin Asnija, Hanis dan sapa lagi arrr….

La! Sudah panjang sgt daa…,
Kang semua malas nak scroll down lama-lama,
Nak sebut ramai… jari dah lenguh, otak dah lemah,
Tapi ada lagi yang ku jumpa,
S, Shami2, kak Sidah sponsor coklat sedap, Atikah, Sinomosa,
Juga En Rosli, Kamato, Yem…nombor berapa ntah aku lupa,

Yang penting Ayahanda….
Ayahanda tanya apa ye, aku tak dengar apa,
Yang terdengar tepung pelita,
Aku kata kuih Limas,
Muka Ayahanda terpinga-pinga,
Eh! Kenapa? Aku salah jawab ke? Aku main jawab je,
Tak faham soalan apa ayahanda tanya,
Nak tahu kenapa?
Sebab Ayahanda cakap beralus sangat,
Suara antara dengar tak dengar je,
Aku je yang terkinja-kinja
Eh! Ayahanda!
Buat macam ayahanda sendiri terus sapa,
Aku suka tulisannya.

Kak Raihanah, kakak IP pun jumpa jugak,
Tapi aku cuma pandang mukanya dan dia pandang muka ku,
Tak tahu pulak kak Raihanah, kakak IP yg jauh nun,
Sebab aku tengok muka kakak tu serius, takut pulak hatiku,

Jumpa sapa lagi ye?
Oh! Baru ingat, si anak teruna songkok tinggi ya amat,
Siap dengan tongkat-tongkat kamera nye,
Hush! Beria sakan si dia,
Nak abadikan gambar jadi kenangan,
Aku kenal Musafir Islam pun lepas jamuan makan tu,
Dalam sembang-sembang di blog Cik Lie yang kelas tu,

Hish! Ramai lagi aku pun dah lupa,
Minta maaf sapa-sapa yang namanya tak ada,
Bukan sengaja, tapi aku ni agak pelupa,
Tak pe lah, nanti lagi kita jumpa,
Entah bila, entah di mana,
Adakah mungkin sejarah berulang?
Mungkin ini yang terakhir,
Manalah tahu lain kali mungkin aku dah tak ada,
Bertemu juga tapi dengan Rabbku Yang Esa,
Ampun maaf ku pinta,
Andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara,
Aku ini hambaNya yang biasa,
Mungkin ada yang tidak suka,
Hasratku hanya satu, ingin punya teman yang mengingatkan aku padaNya,
Hidup kita tidak lama,
Ampunkan aku untuk segala.


Nukilan ikhlas,
Wan Rusyaini Wan Mohd

Sunday, January 10, 2010


Satu-satunya hadiah yg wan betul-betul tak sangka. Hadiah Ratu Trek! Syok-syok makan bihun sup, nama dipanggil. Alamak tengah mengunyah ni! Sat! Sat! telan je lah!

Hadiah yg paling wan suka, perfume pen. Bau rose. Made in Saudi Arabia you! Tengok betul2 gambar tu. Kalau boleh besarkan br nampak made fm... Best giler! I luv U CL!

Buah tangan dr CL yg terdiri drp, paper beg, mug, buku yaasin, air zam-zam dan kurma. Tq CL